CLOSE
CLOSE AD

Makarand Deshpande bawa watak antagonis dalam "Sadak 2"

  • 15 May 2019
  • Tags:
Makarand-Deshpande-bawa-watak-antagonis-dalam-Sadak-2

Pengarah Mahesh Bhatt telah memberi tanggungjawab kepada aktor veteran Makarand Deshpande untuk berlakon dalam filem baru "Sadak 2".

Menurut laporan IndiaToday, bapa kepada Alia Bhatt itu kembali ke dunia pengarahan selepas 20 tahun menyepi.

Sebelum ini, peminat tertanya-tanya siapa yang akan mengisi tempat kosong bagi watak dewa yang ditampilkan dalam filem sekuel tersebut.

Pembikin filem itu telah mengumumkan mengambil Makarand untuk memegang watak antagonis. Aktor veteran itu pernah membintangi filem baru "Junglee" dan "Game of Ayodhya" pada 2017.

"Ia merupakan watak yang sukar dan mencabar dan Makarand telah mula mengambil kursus berlakon. Sekuel ini akan mempunyai kelainan yang unik dari filem pertama," jelas Mahesh.

Mahesh dan Makarand pernah bekerjasama menerusi sebuah drama berjudul "Sir" pada tahun 1993 dimana aktor itu memegang watak bernama Mak.

Sementara itu, Alia Bhatt, Sanjay Dutt, Aditya Roy Kapur dan Gulshan Grover dilaporkan akan memainkan watak utama.

Skrip dan proses pra-produksi filem itu telah selesai dibikin jadi pihak produksi akan memulakan penggambaran pada 18 Mei di Mumbai dan seterusnya meliputi daerah-daerah lain di India bagi babak selanjutnya.

Filem thriller itu berkisar tentang misi seorang gadis yang dibawa oleh Alia Bhatt, cuba mendedahkan seorang 'guru' yang menyamar.

Menerusi filem pertama, Sanjay Dutt membawa watak seorang pemandu teksi bernama Ravi dan kali ini dia kembali untuk menemani watak Alia Bhatt sepanjang perjalanannya.

"Sadak 2" akan mula ditayangkan di layar lebar pada 25 Mac 2020.

(Sumber foto: Times of India)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.