CLOSE
CLOSE AD

Rohit Shetty rancang mahu terbitkan 'cinematic universe' sendiri

  • 13 May 2019
  • Tags:
Rohit-Shetty-rancang-mahu-terbitkan-cinematic-universe-sendiri

Pengarah Rohit Shetty kini dalam perancangan untuk menggabungkan tiga buah filem drama polis arahannya dalam sebuah filem terbaru.

Perkara itu telah diumumkan oleh pembikin filem Ajay Devgn. Judul tiga buah filem pecah panggung tersebut ialah "Singham", "Simmba" dan "Sooryavanshi".

Menurut laporan IndiaToday, Ajay pernah meneraju watak utama dalam filem "Singham" pada 2011 dan sekuel filem itu pada 2014.

Aktor Ranveer Singh pula muncul dalam filem "Simmba" sementara Akshay Kumar tampil dalam filem "Sooryavanshi". Ajay dan Akshay juga membuat 'cameo' dalam filem "Simmba".

Sebelum ini, Rohit telah memberi respon kepada komen peminat terhadap perbezaan francais filemnya dengan francais Hollywood terkenal, Marvel Cinematic Universe (MCU).

"Sejujurnya, siri "Avengers" adalah sebuah nama yang besar pada masa kini. Jika saya kata mahu bikin sesuatu setanding "Avengers", sudah tentu saya akan teruk dikecam di laman sosial," seloroh pengarah itu.

"Bagaimanapun, kami akan cuba juga untuk menerbitkan sebuah alam sinematik sendiri. Kami bersikap terbuka tentang filem-filem kami dan tidak menyembunyikan apa-apa butiran," tambahnya lagi.

Pengarah itu mengakui dia berasa sedikit gementar semasa pelancaran filem "Simmba" kerana bimbang penonton akan faham jalan cerita filem itu atau tidak.

Namun sangkaannya salah apabila filem itu berjaya mendapat tempat di hati peminat sekaligus membuatkan Rohit mahu meneruskan perancangan untuk meluaskan alam sinematik filemnya.

Rohit berkata dia ada terfikir untuk membikin filem yang menampilkan watak seorang polis wanita utama namun enggan mengulas lebih lanjut sehingga semua perancangan tersebut telah dimuktamadkan.

(Sumber foto: Rohit Shetty Instagram)



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.