CLOSE
CLOSE AD

Kareena Kapoor janji penonton akan terhibur dengan "Good News"

  • 13 May 2019
  • Tags:
Kareena-Kapoor-janji-penonton-akan-terhibur-dengan-Good-News

Aktres Kareena Kapoor menjanjikan bahawa penonton bakal terhibur dengan filem komedi romantik terbarunya yang berjudul "Good News".

Memetik laporan dari HindustanTimes, Kareena akan berganding bersama Akshay Kumar, Kiara Advani dan Diljit Dosanjh menerusi filem itu.

Aktres itu ditemu bual oleh pihak media semasa menghadiri majlis Anugerah Radio4Child 2019 edisi ketiga sebagai duta selebriti The United Nations Children's Fund (UNICEF) di Mumbai.

Mengulas lanjut tentang projek itu, Kareena berkata "Good News" akan ditayangkan pada bulan Disember.

"Saya rasa ia adalah sebuah filem yang menarik dan peneraju filem ini juga tidak kurang hebat kerana di samping saya, ia turut menampilkan Akshay Kumar, Kiara Advani dan Diljit Dosanjh," jelasnya dengan perasaan teruja.

Oleh sebab penampilan empat orang pelakon hebat tersebut, Kareena yakin penonton akan terhibur menyaksikan filem itu yang akan ditayangkan kira-kira seminggu selepas tayangan filem "Dabangg 3" lakonan Salman Khan.

Ketika disoal tentang filem itu akan mendapat pecah panggung atau tidak, Kareena berkata dia tidak boleh membuat perbandingan antara kedua-dua buah filem itu.

"Ini kerana kedua-dua buah filem "Dabangg 3" dan "Good News" itu jauh berbeza dari segi genre. Saya turut rasa penonton filem kami berbeza dari penonton filem "Dabangg 3"," jawabnya.

"Good News" merupakan filem arahan Raj Mehta dan diterbitkan di bawah syarikat produksi Dharma Production.

Dalam pada itu, Kareena juga bakal dilihat membintangi filem arahan Karan Johar berjudul "Takht" dan "Angrezi Medium" arahan Dinesh Vijan.

(Sumber foto: Biz Asia)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.