CLOSE
CLOSE AD

Amitabh Bachchan mula penggambaran filem thriller "Chehre"

  • 13 May 2019
  • Tags:
Amitabh-Bachchan-mula-penggambaran-filem-thriller-Chehre

Penggambaran bagi filem thriller, "Chehre" telah bermula pada Jumaat lepas menampilkan aktor veteran Bollywood Amitabh Bachchan sebagai peneraju utama.

Aktor filem "Once Upon a Time in Mumbaai", Emraan Hashmi akan membuat debut berganding dengan Bachchan dalam filem arahan Rumi Jaffrey tersebut.

Emraan berasa teruja kerana pertama kali dapat berkolaborasi di samping aktor lagenda yang terkenal dengan gelaran 'Big B' itu.

Menerusi laporan yang dipetik dari MumbaiMirror, Bachchan telah berkongsi gambarnya memakai beret, selendang dan baju sejuk yang mirip seperti karakter Albus Dumbledore dalam filem "Harry Potter".

Laporan mengatakan aktor berusia 76 tahun itu akan memegang watak sebagai seorang peguam bela sepertimana wataknya dalam filem "Pink" dan "Badla".

Sebelumnya, penerbit Anand Pandit yang telah mengumumkan judul filem tersebut berkata dia bersama pihak produksi amat teruja untuk memulakan proses penggambaran.

Filem thriller misteri itu berkisar mengenai sekumpulan kawan yang sebahagian daripada mereka merupakan pesara peguam. Mereka bermain satu permainan psikologi selepas berkumpul di sebuah banglo di Shimla.

Selain Bachchan dan Emraan, filem itu turut dibintangi Kriti Kharbanda, Rhea Chakraborty, Siddhanth Kapoor, Dritman Chakroborthy, Raghubir Yadav dan Annu Kapoor.

Dalam pada itu, Bachchan bakal muncul menerusi filem arahan Ayan Mukerju berjudul "Brahmastra" tidak lama lagi.

"Chehre" dijadual akan ditayangkan di pawagam pada 21 Februari 2020.

(Sumber foto: Bitsonline)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.