CLOSE
CLOSE AD

Tiger Shroff kecewa tak dapat hiburkan peminat

  • 09 May 2019
  • Tags:
Tiger-Shroff-kecewa-tak-dapat-hiburkan-peminat

Tiger Shroff rasa seperti hampakan peminatnya.

Pelakon terkenal Tiger Shroff meluahkan rasa kecewanya apabila tidak dapat menghiburkan peminatnya ketika dalam jelajah bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya berjudul "Student Of The Year 2" berikutan mengalami kecederaan kaki.

Akibat daripada itu, Tiger tidak boleh berjalan walaupun dengan bantuan tongkat, sebaliknya perlu berkerusi roda.

"Saya bersama dua heroin Ananya Panday dan Tara Sutaria dalam jelajah mempromosikan "Student Of The Year 2" dalam keadaan berkerusi roda.

"Ia bukan sahaja janggal, tetapi juga mengecewakan. Peminat yang datang melihat kami menjangkakan saya untuk menari. Saya rasa seperti menghampakan mereka," ujar Tiger yang dipetik dari Bollywoodhungama.

Bercerita lanjut mengenai kecederaan yang dialaminya, Tiger berdepan masalah otot betis yang agak teruk sehingga dia tidak dapat berjalan langsung kerana ia akan menyebabkan dia berasa sangat sakit.

Bagaimanapun dia berharap kecederaannya akan pulih dalam masa seminggu lagi.

(Sumber foto: Freepressjournal)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.