CLOSE
CLOSE AD

Filem "Section 375" lakonan Richa Chadha bakal dirilis pada Ogos

  • 09 May 2019
  • Tags:
Filem-Section-375-lakonan-Richa-Chadha-bakal-dirilis-pada-Ogos

Filem "Section 375" yang dibintangi oleh aktres Richa Chadha dan aktor Akshaye Khanna diumumkan akan menemui penonton pada 2 Ogos tahun ini.

Memetik laporan dari TheIndianExpress, filem ini menceritakan tentang undang-undang yang diguna pakai untuk kes-kes rogol di negara India.

Penggambaran filem arahan Ajay Bahl ini telah bermula pada bulan Januari lepas di bawah terbitan produksi Panorama Studios.

Richa akan dilihat pertama kali membawa watak seorang pendakwa raya yang tabah membela mangsa rogol lakonan Meera Chopra.

Manakala, Akshaye pula akan memainkan peranan seorang peguam bela hebat kepada seorang pengarah filem lakonan Rahul Bhatt.

Richa juga telah melawat beberapa buah firma guaman untuk membaca buku-buku tentang undang-undang bagi memahami dan mendalami prosedur kehakiman.

Selain itu, dia turut menemui beberapa orang profesor pakar undang-undang dari kolej perundangan di Mumbai.

"Watak saya adalah seorang peguam yang berwawasan dan beretika. Jadi saya mahu mengetahui lebih lanjut mengapa seseorang individu itu mahu mengambil bidang yang berkait dengan litigasi ini.

"Oleh sebab itu, saya rasa melawat sekolah undang-undang dan meluangkan masa bersama mereka (pakar dan pelajar) adalah satu idea yang bernas dan sangat membantu penyelidikan saya," jelasnya.

Selain filem ini, Richa juga akan membintangi dua buah filem berjudul "Ghoomketu" dan "Panga".

(Sumber foto: Movified)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".