CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan jadi detektif dalam filem 'remake' Korea "Veteran"

  • 09 May 2019
  • Tags:
Salman-Khan-jadi-detektif-dalam-filem-remake-Korea-Veteran

Penerbit Atul Agnihotri bakal membikin sebuah filem 'remake' Korea berjudul "Veteran" yang akan dibintangi aktor terkenal Salman Khan.

Memetik laporan dari HindustanTimes, Atul telah mendapatkan hak cipta filem asal terlebih dahulu sebelum memulakan projek tersebut.

Atul mendedahkan bahawa abang iparnya, Salman akan memegang watak seorang detektif dan filem versi Hindi ini akan dihasilkan lebih besar dari filem asal.

"Saya sudah menonton filem asal dan menyukainya. Saya rasa ini adalah satu peluang untuk bekerja dengan Salman dalam menjayakan filem hebat ini.

"Salman juga telah menonton filem itu dan dia turut bersependapat dengan saya. Dia terus bersetuju untuk menerima tawaran berlakon sebagai watak detektif dalam filem ," ujarnya.

Bila disoal mengapa dia mendapat inspirasi dari filem Korea, Atul berkata dia sering menonton filem dalam pelbagai bahasa dan dia tertarik dengan filem "Veteran".

Menurutnya, sebuah adaptasi tidak semestinya sama dengan filem asal. Ia merupakan satu titik permulaan dan selepas itu diubahsuai mengikut citarasa serta sensibiliti para penonton.

Atul berkata dia akan cuba membikin filem ini sehabis baik kerana orang ramai telah meletakkan harapan dan jangkaan tinggi setiap kali Salman membintangi sesebuah filem.

Filem Korea yang ditayangkan pada tahun 2015 itu berkisar mengenai seorang detektif yang memburu seorang lelaki muda berjaya tetapi menjalankan sebuah sindiket jenayah.

Proses penggambaran dijangka akan bermula pada tahun hadapan jika tiada apa-apa halangan.

Sementara itu, Salman kini sibuk mempromosikan filem "Bharat" yang juga sebuah adaptasi drama Korea tahun 2014 berjudul "Ode to My Father".

Filem "Bharat" arahan Ali Abbas Zafar itu dibintangi barisan pelakon seperti Katrina Kaif, Disha Patani, Tabu, Sunil Grover dan Jackie Shroff.

(Sumber foto: mensxp.com)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.