CLOSE
CLOSE AD

Tara Sutaria bakal jalani penggambaran filem 'remake' "RX 100"

  • 08 May 2019
Tara-Sutaria-bakal-jalani-penggambaran-filem-remake-RX-100

Sementara menunggu tayangan filem debutnya, "Student of the Year 2", aktres Tara Sutaria bakal sibuk dengan projek terbaru arahan Milan Luthria.

Memetik laporan dari TheLiveMirror, Tara akan berlatih dengan seorang pakar dialek selama dua atau tiga minggu supaya dia mahir berbahasa dalam dialek Hindi dalam filem itu.

Filem itu adalah adaptasi dari sebuah filem aksi thriller Telugu berjudul "RX 100" dimana Tara akan membawa watak seorang gadis bandar kecil.

Pelakon "Student of the Year 2" dan "Marjaavan" ini akan mula masuk ke set penggambaran dalam masa terdekat ini.

Di samping itu, filem itu turut menandakan kemunculan debut bagi anak kepada Sunil Shetty iaitu Ahan Shetty.

Menerusi filem itu, Ahan akan dilihat melakukan beberapa aksi lagak ngeri yang nampak lebih realistik dengan pertarungan kombat.

Sementara itu, selepas selesai latihan dialek itu, Tara akan menyertai Ahan untuk satu lagi bengkel latihan. Tambah menarik apabila Tara juga dilaporkan akan menyanyikan salah satu lagu dalam filem itu.

Tara menarik perhatian ramai sejak dia dilihat menyanyi lagu "Lag Jaa Gaale" menerusi treler pelancaran filem "Student Of The Year 2" yang turut dibintangi Alia Bhatt, Varun Dhawan dan Sidharth Malhotra.

(Sumber foto: Bollywood.com)



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.