CLOSE
CLOSE AD

Pengarah Krish Jagarlamudi bakal berkolaborasi dengan Akshay Kumar?

  • 08 May 2019
Pengarah-Krish-Jagarlamudi-bakal-berkolaborasi-dengan-Akshay-Kumar

Pengarah Krish Jagarlamudi kini sedang dalam perancangan untuk membikin sebuah lagi filem Bollywood yang bakal diterajui oleh aktor Akshay Kumar.

Memetik laporan dari BollywoodLife, Krish berasa kecewa kerana dua buah filem biopik yang diarahnya berjudul "Kathanayakudu" dan "Mahanayakudu" tidak mendapat sambutan daripada penonton.

Selain gagal dalam menjayakan dua buah filem tersebut, Krish dilanda kontroversi apabila aktres Kangana Ranaut mendapat nama atas pengarahan filem "Manikarnika" yang sepatutnya dikreditkan kepada Krish.

Gara-gara kontroversi yang dilandanya itu, Krish membuat keputusan untuk berdiam diri dan tidak terlibat dengan sebarang produksi selama beberapa bulan.

Bagaimanapun laporan terbaru menyatakan dia ingin mencuba nasib dan bercadang mahu Akshay membintangi filem yang bakal dibikin tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Krish telah pun menemui Akshay dan menceritakan mengenai jalan cerita tersebut yang mana dia kini sedang dalam proses menyiapkan skrip filem tersebut.

Namun begitu, butiran lanjut tentang filem itu masih belum didedahkan setakat ini.

Sebelum ini, Akshay pernah bekerjasama dengan pengarah itu menerusi filem "Gabbar Is Back" yang merupakan filem 'remake' Hindi bagi filem Tamil "Ramana".

Terkini, Akshay Kumar sedang menjalani proses penggambaran filem "Laaxmi Bomb" iaitu 'remake' filem Tamil "Kanchana/ Muni 2".

(Sumber foto: deccanchronicle.com & The Times)



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.