CLOSE
CLOSE AD

Saif Ali Khan dan Tabu bersatu semula dalam "Jawaani Jaaneman"

  • 08 May 2019
Saif-Ali-Khan-dan-Tabu-bersatu-semula-dalam-Jawaani-Jaaneman

Selepas berganding dalam "Hum Saath Saath Hain" dan "Biwi No 1" pada tahun 1999, kini aktor Saif Ali Khan dan Tabu akan kembali menerusi filem komedi "Jawaani Jaaneman".

Memetik laporan dari IndiaToday, kedua-dua mereka akan bersatu semula dalam filem di bawah pihak produksi pertama Saif, Black Knight Films serta bekerjasama dengan produksi Pooja Entertainment dan Northern Lights Films.

Saif akan memegang watak sebagai lelaki berusia 40 tahun yang enggan berkelakuan matang seperti umurnya.

Di samping itu, anak perempuan aktres Pooja Bedi, Alaia F akan turut tampil membuat debut Bollywood pertamanya dalam filem ini sebagai watak anak perempuan Saif.

Aktor filem "Baazar" itu teruja apabila Tabu bersetuju untuk bekerja dengannya pada saat-saat akhir dan mengakui aktres itu agak hebat dalam bidang lakonan.

Projek arahan Nitin Kakkar ini dijadualkan akan memulakan penggambaran pada Jun depan di London selama 45 hari.

Walaupun ada desas-desus mengatakan dia hanya muncul sebagai 'cameo', namun penerbit menganggap watak Tabu adalah menarik dan sesuai dilakonkan olehnya.

"Ia masih awal untuk mendedahkan karakter Tabu. Apa yang saya boleh bagitahu adalah wataknya istimewa. Dia sentiasa menjadi pilihan pertama Saif, Nitin dan saya jadi kami teruja apabila dia menerima tawaran tersebut," kata Jay Shewakramani yang turut menerbit filem itu bersama Saif dan Jackky Bhagnani.

Tahun 2019 akan menjadi tahun yang sibuk buat Saif kerana selain "Jawaani Jaaneman", dia juga sedang terlibat dalam pembikinan filem "Taanaju: The Unsung Hero" yang menampilkan Ajay Devgn.

Selain itu, Saif akan turut menerajui filem adaptasi "The Fault In Our Stars" versi Hindi yang berjudul "Dil Bechara" bersama Sushant Singh Rajput.

Dalam pada itu, perkembangan terbaru Tabu termasuklah filem "De De Pyaar De" dimana dia digandingkan bersama Ajay Devgn dan Rakul Preet Singh.

Kali terakhir aktres "Bharat" itu dilihat adalah menerusi filem arahan Sriram Raghavan "AndhaDhun".

(Sumber foto: Eastern Eye & RVCJ Media)



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.