CLOSE
CLOSE AD

Deepika Padukone bakal ganti Kangana Raut dalam "Imali"

  • 07 May 2019
  • Tags:
Deepika-Padukone-bakal-ganti-Kangana-Raut-dalam-Imali

Aktres Deepika Padukone dijangka akan menerajui filem terbaru Hindi "Imali" selepas Kangana Raut menarik diri dari terlibat dalam projek tersebut.

Walau bagaimanapun, aktres itu masih belum memberi keputusan bagi tawaran itu secara rasmi.

Menurut laporan dari DNAIndia, penerbit telah memberi tawaran kepada Deepika selepas mencari aktres lain untuk bekerjasama membintangi filem arahan Anurag Basu itu.

Kangana akui merasa serba salah selepas terpaksa menolak tawaran itu kerana sudah terikat dengan jadual padat untuk beberapa projek lain.

"Sepatutnya kami perlu memulakan projek itu pada November lepas. Malangnya ketika itu jadual projek "Manikarnika" Kangana diubah.

"Kemudian saya pula mula sibuk dengan filem saya dan dia sibuk dengan "Panga". Jadi berlaku kekeliruan dalam pemilihan tarikh untuk memulakan projek "Imali"," jelas Anurag.

Pengarah itu memberitahu dia akan bekerjasama dengan Kangana pada masa yang lain.

Walaupun sedang sibuk dengan filem "Chhapaak", namun ada sumber mengatakan bahawa perbincangan antara Deepika dan penerbit menghasilkan respon positif.

Baru-baru ini Deepika dilihat menghadiri majlis berprestij MET Gala di New York dan akan pulang untuk penggambaran filem "Chhapaak" di Mumbai.

Filem "Chhapaak" yang turut dibintangi Vikrant Massey itu berkisar tentang kehidupan seorang gadis yang menjadi mangsa serangan asid.

(Sumber foto: Digital Marketing Deal)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.