CLOSE
CLOSE AD

Ayushmann Khurrana teruja dapat bintangi "Bala"

  • 07 May 2019
  • Tags:
Ayushmann-Khurrana-teruja-dapat-bintangi-Bala

Pelakon popular Ayushmann Khurrana teruja apabila bakal membintangi filem terbarunya berjudul "Bala".

"Berasa sangat teruja penggambaran "Bala" bermula hari ini," ujar aktor itu yang dipetik dari Bollywoodlife.

Filem yang diterbitkan oleh Dinesh Vijan ini berkisarkan mengenai seorang lelaki yang perlu berdepan dengan masalah kebotakan rambut pada usia masih muda.

Selain Ayushmann, filem arahan Amar Kaushik ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Bhumi Pednekar dan Yami Gautam.

"Selepas "Stree" tidak sangka kami sekali lagi bekerjasama dengan Amar. "Bala" sebuah naskhah menghiburkan dan kami mempunyai barisan pelakon yang hebat untuk menceritakannya," ujar Vijan.

Selain ketiga-tiga pelakon utama, filem yang akan menjalani penggambaran di Kanpur ini turut dibarisi pelakon lain seperti Saurabh Shukla, Jaaved Jaaferi dan Seema Pahwa.

(Sumber foto: NDTV)



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.