CLOSE
CLOSE AD

Vicky Kaushal & Katrina Kaif bintangi 'spin-off' "Zindagi Na Milegi Dobara"?

  • 07 May 2019
  • Tags:
Vicky-Kaushal-Katrina-Kaif-bintangi-spin-off-Zindagi-Na-Milegi-Dobara

Aktor Ranveer Singh bercadang supaya Vicky Kaushal dan Katrina Kaif digandingkan dalam 'spin-off' "Zindagi Na Milegi Dobara".

Menurut laporan dari IndiaToday, Ranveer mengemukakan cadangan itu berucap selepas menang anugerah Aktor Paling Berstail di sebuah acara anugerah.

Sejak filem "Zindagi Na Milegi Dobara" ditayangkan lapan tahun lalu, peminat berharap supaya pengarah Zoya Akhtar menghasilkan sebuah filem sekuel.

Selain Katrina, filem asal itu dbarisi pelakon seperti Hrithik Roshan, Abhay Deol, Farhan Akhtar dan Kalki Koechlin.

Aktor itu turut bergurau dengan Vicky sambil memberi cadangan filem itu iaitu "Vicky Katrina In Barcelona."

Pengarah Zoya Akhtar turut dilihat memberi respon positif tentang cadangan yang dikemukakan oleh Ranveer itu.

Walaupun semua itu hanya cadangan semata-mata, namun ada desas-desus mengatakan bahawa Vicky dan Katrina akan berganding dalam sebuah drama romantik tidak lama lagi.

Malah menurut laporan dari beberapa laman sesawang hiburan, filem terbitan Ronnie Screwvala itu akan diinspirasikan dari kisah benar.

Bagaimanapun, butiran lanjut berkenaan filem itu seperti watak-watak itu ketika ini masih lagi dalam proses perbincangan.

Sementara itu, Katrina kini sedang sibuk dengan tayangan filem arahan Ali Abbas Zafar, "Bharat" yang mana dia membawa watak utama bersama Salman Khan.

Beralih pada Vicky pula, aktor itu juga terikat dengan kerja bagi beberapa projek filem seperti "Sardar Udham Singh" dan sebuah filem seram yang dibikin dalam sebuah kapal lama.

Vicky dilaporkan baru pulih dari kecederaan yang dialaminya selepas dihempap pintu ketika menjalani penggambaran filem seram itu bulan lepas.

(Sumber foto: GQ India & My News Zone)



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.