CLOSE
CLOSE AD

Anil Kapoor sahkan bakal berlakon dengan anaknya

  • 07 May 2019
  • Tags:
Anil-Kapoor-sahkan-bakal-berlakon-dengan-anaknya

Setelah sekian lama menanti bintang terkenal Bollywood, Anil Kapoor akhirnya mengesahkan yang dia bakal bergandingan dengan anak lelakinya iaitu Harshvardhan Kapoor dalam filem terbaru mereka.

Kedua-dua mereka akan membintangi filem yang berkisarkan mengenai pemenang pingat emas Olimpik Abhinav Bindra dan bapanya Apjit Bindra.

"Saya tidak teragak-agak langsung untuk menerima tawaran untuk filem ini, dan anak lelaki saya juga mempunyai keyakinan tinggi untuk bekerja dengan saya walaupun dia baru berlakon dalam dua buah filem.

"Malah kedua-dua anak saya iaitu Sonam dan Harsh berani dalam membuat pilihan sejak awal berkecimpung dalam dunia seni. Sonam bermula dengan dengan "Saawariya" arahan Sanjay Leela Bhansali. Harsh pula "Mirzya" arahan Rakeysh Omprakash Mehra. Kedua-dua mereka adalah pelakon yang punya keyakinan diri tinggi," ujarnya yang dipetik dari Masala.

Sebelum berlakon dengan anak lelakinya, Anil juga pernah berlakon bersama anak perempuannya iaitu Sonam Kapoor dalam "Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga".

Tambah Anil lagi, dia berasa sangat teruja dapat terlibat dalam biopik mengenai orang pertama India yang berjaya memenangi pingat emas di Olimpik.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai filem arahan Kannan Iyer masih belum didedahkan buat masa ini.

(Sumber foto: Times of India)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".