CLOSE
CLOSE AD

Varun Dhawan dan Shraddha Kapoor bergabung dalam "Street Dancer 3D"

  • 07 May 2019
  • Tags:
Varun-Dhawan-dan-Shraddha-Kapoor-bergabung-dalam-Street-Dancer-3D

Aktor Varun Dhawan dan Shraddha Kapoor akan dilihat bergabung dan menari dalam filem terbaru arahan Remo D'Souza berjudul "Street Dancer 3D".

Menurut laporan dari IndiaToday, pihak produksi serta para pelakon sudah bersedia untuk menjalankan penggambaran di Dubai mengikut jadual selama 15 hari.

Kedua-dua aktor dan aktres itu telah menjalani latihan serta pembelajaran pelbagai jenis tarian bersama-sama kumpulan penari lain bagi persiapan ke Dubai.

Baru-baru ini, pihak produksi telah kembali ke India selepas selesai penggambaran filem itu di London, kemudian sibuk dengan komitmen masing-masing.

Varun telah memuat naik videonya bersama Nora Fatehi meluangkan masa bersama semasa penggambaran dan video itu menjadi popular.

Remo D'souza juga tidak ketinggalan memuat naik gambar seluruh pihak produksi ke laman sosial miliknya.

Jadual pertama penggambaran sebelum ini dijalankan di Amritsar, Punjab dan disertai oleh aktres Sonam Bajwa.

Ketika itu, Varun dan seluruh pihak produksi turut membuat persembahan di Wagah Border bersempena dengan Hari Republik sebelum berangkat ke London.

Selain itu, laporan sebelum ini menyatakan bahawa Katrina Kaif akan memegang watak wanita utama tetapi diganti oleh Shraddha selepas dia menarik diri dari projek tersebut.

Filem "Street Dancer 3D" adalah filem ketiga oleh Remo D'souza selepas dua siri filem "Any Body Can Dance (ABCD)".

Selain Varun dan Shraddha, aktor Prabhu Dheva dan Nora Fatehi akan turut membintangi filem "Street Dancer 3D" yang akan ditayangkan 8 November tahun ini.

(Sumber foto: Shraddha Kapoor Instagram)



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".