CLOSE
CLOSE AD

Sekuel "Gadar: Ek Prem Katha" bakal direalisasikan

  • 07 May 2019
  • Tags:
Sekuel-Gadar-Ek-Prem-Katha-bakal-direalisasikan

Selepas berjaya mendapat filem pecah panggung pada tahun 2001, ramai yang tertanya-tanya bilakah sekuel "Gadar: Ek Prem Katha" akan dihasilkan, namun tiada sebarang perkembangan terbaru membuatkan peminat menganggap filem ini tidak akan ada sekuel.

Bagaimanapun, baru-baru ini berita mengenai pembikinan sekuel filem arahan Anil Sharma ini hangat diperkatakan.

"Kami sedang dalam pembikinan sekuel "Gadar" sejak 15 tahun lalu. "Gadar" akan berkisarkan mengenai Tara, Sakeena dan Jeet. Ia akan berlatarkan di India-Pakistan.

"Barisan pelakon lama akan dikekalkan seperti beberapa filem lain seperti "Baahubali", "Rambo", "Fast and Furious" dan banyak lagi. Kami sudah berbincang idea dengan Sunny Deol," ujar satu sumber produksi yang dipetik dari Bollywoodlife.

Bagaimanapun sumber itu tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara itu kerana ia masih belum memulakan penggambaran.

Filem ini turut menampilkan Amrish Puri dan Lillete Dubey.

(Sumber foto: Bollywoodlife)



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.