CLOSE
CLOSE AD

Madhuri Dixit mahu Alia Bhatt berlakon dalam filem biopiknya

  • 07 May 2019
  • Tags:
Madhuri-Dixit-mahu-Alia-Bhatt-berlakon-dalam-filem-biopiknya

Bintang veteran Bollywood terkenal, Madhuri Dixit mendedahkan yang dia memilih aktres Alia Bhatt untuk menjayakan watak sebagai dirinya sekiranya filem biopiknya akan dihasilkan.

Menurut laporan dari Bollywoodhungama, Madhuri berkata Alia mempunyai kualiti yang dimahukan dan sangat sesuai untuk bawa wataknya di layar lebar.

Oleh itu, aktres itu berkata sekiranya ada pihak yang ingin menghasilkan filem biopik mengenai dirinya, mereka perlu pilih Alia untuk memegang wataknya tetapi dengan satu syarat.

Syarat itu adalah Alia perlu belajar untuk menari Kathak yang mana Madhuri sangat terkenal dengan tarian itu.

Madhuri dan Alia baru sahaja muncul dengan filem terbaru bersama yang diberi judul "Kalank". Filem yang dikatakan bakal menjadi filem pecah panggung bagaimanapun tidak menepati ramalam, sebaliknya gagal.

Kegagalan filem itu tidak sedikit pun menjejaskan Alia, dan dia kini sedang membuat persiapan untuk masuk ke set penggambaran filem terbarunya berjudul "Sadak 2" yang akan diarahkan oleh bapanya sendiri Mahesh Bhatt.

Selain itu, dia juga bakal terlibat dengan filem "RRR" dan "Brahmastra" yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

(Sumber foto: Times of India)



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.