CLOSE
CLOSE AD

Shraddha Kapoor Kembali Jalani Latihan Untuk "Street Dancer"

  • 06 May 2019
Shraddha-Kapoor-Kembali-Jalani-Latihan-Untuk-Street-Dancer

Aktres Shraddha Kapoor memberitahu dia kini sudah kembali menjalani latihan tarian untuk filem terbarunya "Street Dancer".

Shraddha berkata demikian selepas dia selesai menjalani penggambaran filem tribahasa berjudul "Saaho" menerusi satu posting di laman sosial Instagram miliknya.

"Kembali dengan latihan #StreetDancer," tulisnya yang dipetik dari Bollywood.com.

Tahun 2019 merupakan tahun paling sibuk buatnya apabila jadual lakonannya padat sepanjang tahun ini apabila terlibat dengan banyak penggambaran filem terbaru.

Setiap filem lakonannya akan menyaksikan Shraddha akan membawa pelbagai watak berbeza.

Dalam "Saaho", dia membawa watak aksi iaitu seorang pegawai polis, manakala dalam filem "Chhichhore" akan menyaksikan dia membawa dua watak iaitu sebagai pelajar kolej dan seorang wanita pertengahan usia.

Manakala dalam "Street Dancer" pula ia akan memperlihatkan dia membawa watak sebagai seorang penari.

Beberapa filem lakonannya dijangka akan ditayangkan pada tahun ini termasuklah "Baaghi 3".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Pinterest



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.