CLOSE
CLOSE AD

Aditi Rao Dan Sudheer Babu Bersatu Semula Dalam Filem "V"

  • 06 May 2019
Aditi-Rao-Dan-Sudheer-Babu-Bersatu-Semula-Dalam-Filem-V

Aktres Aditi Rao Hydari akan kembali berganding bersama Sudheer Babu dalam filem aksi thriller terbaru yang diberi judul "V".

Menurut laporan dari HindustanTimes, kali terakhir kedua-dua mereka dilihat bersama adalah menerusi filem drama romantik Telugu berjudul "Sammohanam".

Pengumuman tentang projek filem itu telah dibuat menerusi keluaran poster dan judul filem pada Isnin lalu.

Menariknya, pengarah filem "Sammohanam", Mohan Krishna Indraganti akan turut akan terlibat dalam projek ini bersama penerbit Dil Raju.

Indraganti membuat pengumuman itu menerusi status laman Twitter yang berbunyi, ""V" bermula hari ini. "V" akan menghiburkan anda. "V" akan menceritakan pada anda. "V" akan menggembirakan anda. "V" janji pada anda."

Watak antagonis akan turut dibawa oleh aktor Tollywood, Nani, atau nama sebenarnya Naveen Babu Ghanta buat kali pertamanya dalam filem ini.

"Jika sebelum ini Mohan memperkenalkan saya sebagai hero dalam filem pertama saya "Ashta Chamma", kali ini dia sekali lagi memperkenalkan saya semula dalam filem ke-25. 

"Tetapi kali ini akan ada perbezaan. Si jahat yang tinggal berhampiran akan menemui anda," katanya melalui laman Twitter.

Nani dan Indraganti pernah berkolaborasi pada tahun 2016 dalam sebuah filem berjudul "Gentleman" yang turut dibintangi Nivetha Thomas dan Surabhi.

Sementara itu, Nivetha Thomas menerajui watak wanita kedua terpenting dalam "V". Ini merupakan kali kedua dia bekerjasama dengan pembikin filem itu.

Sudheer juga mengambil peluang untuk mempromosikan filem ini dengan memuat naik status di Twitter yang berkata "Kali ini "V" kembali dengan aksi thriller. Bertemu semula dengan Mohan Krishna Indraganti dan Aditi Rao Hydari. Kali pertama bekerja dengan Dil Raju dan Nivetha Thomas yang berbakat. Nantikan sesuatu yang tak dijangka."

Projek ini akan memulakan penggambarannya dalam masa terdekat. 

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: JanBharat Times & Today Talkies



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".