CLOSE
CLOSE AD

Sidharth Malhotra Jadi Hero Perang Kapten Vikram Batra Dalam "Shershaah"

  • 06 May 2019
Sidharth-Malhotra-Jadi-Hero-Perang-Kapten-Vikram-Batra-Dalam-Shershaah

Aktor Sidharth Malhotra bakal membintangi sebuah filem biografi tentang Perang Kargil berjudul "Shershaah" sebagai Kapten Vikram Batra.

Menurut laporan dari HindustanTimes, pembikin filem dan pihak produksi telah mengumumkan permulaan penggambaran projek filem itu secara rasmi kelmarin.

Sidharth meluahkan rasa teruja dapat memainkan watak Kapten Batra di layar lebar melalui laman sosial.

Baru-baru ini, aktor itu memulakan latihan untuk watak tersebut dengan menjalani latihan tentera serta mempelajari cara penggunaan senjata tentera.

Selain itu, Sidharth turut berlatih untuk memahami bahasa tubuh dan etika tentera yang betul.

Dalam pada itu, aktres Kiara Advani akan menerajui watak wanita utama dalam filem terbitan Karan Johar, Dharma Productions.

"Sangat teruja dapat menjadi sebahagian daripada projek ini! Tak sabar untuk "Shershaah". Penggambaran akan bermula tak lama lagi," ujar Kiara.

Kiara juga akan dilihat dalam filem Hindi 'remake' "Arjun Reddy" berjudul "Kabir Singh" bersama Shahid Kapoor serta berganding dengan Kareena Kapoor, Akshay Kumar dan Diljit Dosnajh menerusi filem "Good News".

Karan turut menghebahkan tentang projek filem itu di laman Twitter miliknya. Hiroo Johar, Apoorva Mehta, Shabbir Boxwala, Ajay Shah dan Himanshu Gandhi turut bekerjasama dalam proses penerbitan filem itu.

Filem itu berkisar tentang kehidupan Kapten Vikram Batra yang terkorban semasa Perang Kargil pada Jun 1999 dan menerima anugerah Param Vir Chakra (PVC) selepas kematiannya.

Mereka akan memulakan proses penggambaran pada awal bulan Mei di Chandigarh, diikuti oleh Palampur, yang merupakan kampung halaman Kapten Batra.

Penggambaran filem itu dilakukan di sekitar India Utara selama 70 hari di seluruh wilayah Chandigarh, Palampur, Kashmir dan Ladakh.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Biz Asia Live



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.