CLOSE
CLOSE AD

Sunny Leone Bakal Bintangi Filem Seram Komedi "Coca-Cola"

  • 01 May 2019
Sunny-Leone-Bakal-Bintangi-Filem-Seram-Komedi-Coca-Cola

Berita gembira buat peminat Sunny Leone di serata dunia apabila aktres itu telah disahkan bakal muncul dengan filem seram komedi terbarunya yang diberi judul "Coca-Cola".

Menurut laporan dari Bollywood.com, penerbit filem Mahindra Dhariwal berkata selepas menandatangani kontrak bersama Sunny, pihak mereka kini sedang dalam proses untuk menandatangani dengan pelakon lain yang turut akan terlibat dalam filem ini.

Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar dengan urusan pelakon, penggambaran filem ini akan dimulakan pada Jun depan.

Penggambaran filem itu akan dilakukan di Dehradun, Mussoorie dan Haridwar.

Dalam pada itu, Dhariwal berkata dia ambil keputusan untuk menghasilkan filem bergenre seram komedi ini kerana mendapat permintaan tinggi daripada majoriti penonton.

Kejayaan filem terdahulu "Stree" juga telah menyumbang kepada lebih ramai pembikin filem melabur dalam genre ini lagi.

Sementara itu, Sunny yang merupakan bekas pelakon filem dewas membuat debutnya di Bollywood menerusi filem erotik "Jism 2" yang mana ia telah melonjakkan namanya di sana.

Sejak dari itu, dia banyak membintangi filem-filem Bollywood termasuk membuat penampilan khas.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Alpha Coders Wallpaper



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".