CLOSE
CLOSE AD

Katrina Kaif Gembira Dipilih Berlakon Dalam Filem "Bharat"

  • 01 May 2019
Katrina-Kaif-Gembira-Dipilih-Berlakon-Dalam-Filem-Bharat

Aktres Katrina Kaif akhirnya buka cerita tentang mengapa dia menggantikan Priyanka Chopra Jonas bagi watak wanita utama dalam filem "Bharat".

Menurut laporan IndiaToday, pada mulanya Priyanka Chopra adalah pilihan pertama pengarah Ali Abbas Zafar untuk memainkan watak utama.

Namun Priyanka telah membuat keputusan untuk menarik diri dari tawaran tersebut beberapa minggu sebelum penggambaran bermula kerana terikat dengan majlis perkahwinannya bersama selebriti Hollywood Nick Jonas.

Baru-baru ini, aktor Salman Khan mendedahkan bahawa Katrina adalah pilihan penolong penerbit Atul Agnihotri yang juga merupakan adik iparnya.

"Atul sentiasa menyokong dan mahukan saya untuk berlakon dalam filem itu jadi saya menerimanya. Memang betul saya dan Salman mempunyai keserasian tetapi apabila saya melangkah ke set, saya sedar akan skrip mahukan satu dinamik yang berbeza antara kami maka saya perlu kekalkannya sebegitu," ujar Katrina dalam satu temubual.

Tambahnya lagi dia tidak akan meluangkan masa bersama Salman kerana ia berbeza dari filem aksi "Tiger Zinda Hai" dimana dia boleh berbual seperti biasa.

Aktres itu turut menjelaskan keputusan penerimaan tawaran itu dilakukan atas sebab bersikap profesional dan bukan kerana hubungan istimewanya dengan Salman.

Malah Katrina juga mengakui Salman tidak menghubunginya selepas menandatangani projek itu dan mereka hanya berjumpa di lokasi penggambaran.

Katrina mahukan watak Bharat dan Kumud kelihatan seperti dua individu yang baru berjumpa dan baru menjalinkan hubungan dalam filem tersebut.

Biarpun Katrina bukan pilihan pertama bagi filem itu, namun dia tetap berasa gembira kerana dipilih pada saat akhir.

Filem "Bharat" yang diadaptasi dari drama Korea "Ode To My Father" akan ditayangkan di layar lebar pada 5 Jun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Katrina Kaif Instagram



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.