CLOSE
CLOSE AD

Saif Ali Khan Perlu Kecilkan Otot Untuk Filem Terbaru

  • 01 May 2019
Saif-Ali-Khan-Perlu-Kecilkan-Otot-Untuk-Filem-Terbaru

Selepas membuat transformasi tubuh dengan membina badan untuk filem "Taanaji", bintang terkenal Saif Ali Khan bakal sekali lagi membuat transformasi tubuh untuk filem terbarunya tidak lama lagi.

Kali ini Saif perlu mengecilkan saiz otot tubuhnya untuk filem "Jawaani Jaaneman" dalam tempoh kurang dua bulan berikutan penggambaran filem terbaru itu akan bermula pada pertengahan Jun di London.

"Selepas selesai penggambaran "Taanaji", Saif kini akan melakukan diet istimewa untuk mengecilkan ototnya untuk kelihatan lebih 'fit'. Dia akan berlatih selama dua jam sehari untuk kecilkan otot.

"Dia hanya mempunyai masa yang singkat iaitu kira-kira 45 hari sebelum penggambaran bermula. Jadi dia pasti akan bekerja keras bagi pastikan dia mendapat tubuh badan yang ideal untuk watak yang bakal dibawanya," ujar satu sumber yang dipetik dari Bollywoodlife.

Dalam filem itu aktor berusia 45 tahun itu akan membawa watak seorang lelaki pertengahan usia yang perlu berdepan realiti sukar dalam kehidupannya.

Selepas "Jawaani Jaaneman", Saif akan terlibat dengan penggambaran "Shoot Tantrik" pula.
Sementara itu, dia juga bakal muncul dengan beberapa buah filem iaitu "Sacred Games", "Taanaji" dan sebuah filem arahan Navdeep Singh.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: DNA India



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.