CLOSE
CLOSE AD

Nawazuddin Siddiqui Akhiri Penggambaran Filem "Raat Akeli Hai"

  • 29 Apr 2019
Nawazuddin-Siddiqui-Akhiri-Penggambaran-Filem-Raat-Akeli-Hai

Aktor Nawazuddin Siddiqui telah selesai menjalani proses penggambaran bagi filem "Raat Akeli Hai" arahan Honey Trehan di Kanpur pada Ahad lepas.

Menurut laporan Mumbai Mirror, filem thriller itu menandakan debut bagi pengarah Honey Trehan yang sebelum ini menjadi penolong pengarah bagi filem "Raees", "Talvar" dan "Omkara".

Nawazuddin telah berkongsi perkara itu melalui laman Twitter miliknya; "Selesai sudah penggambaran "Raat Akeli Hai", satu pengalaman hebat dapat bekerja dengan Honey Trehan yang berbakat bagi arahan debutnya. Pihak produksi yang bagus dan proses yang luar biasa".

Selain Nawazuddin, Radhika Apte dan Shweta Tripathi Sharma turut membintangi filem itu.
"Berlakon bersama Nawaz adalah suatu pengalaman berharga untuk saya. Dia mempunyai bakat dalam bidang seni dan membuatkan orang nampak hebat walaupun hanya berkongsi skrin filem yang sama," kata Shweta.

Sebelum ini, aktres itu pernah berkolaborasi bersama Nawazuddin menerusi filem "Haraamkhor" pada 2017 dan merasa bertuah dapat membuat debut bersama aktor itu.

Nawazuddin pernah membintangi filem "Thackarey" dan "Photograph" pada awal tahun ini dan ini merupakan kolaborasi ketiga dia bersama Radhika selepas filem "Badlapur" dan "Manjhi: The Mountain Man".

Filem "Raat Akeli Hai" adalah sebuah kisah cinta di India yang menampilkan Ila Arun, Tigmanshu Dhulia dan Swanand Kirkire sebagai pelakon tambahan.

Terbaru, Nawazuddin akan muncul dalam filem arahan Mostofa Sarwar Farooki, seorang pembikin filem Bangladesh yang berjudul "No Land's Man" dimana dia akan turut menjadi penolong penerbit filem itu.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Hindustan Times



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.