CLOSE
CLOSE AD

Ranveer Singh Jadi Wartawan Penyiasatan Dalam Filem Terbaru

  • 29 Apr 2019
Ranveer-Singh-Jadi-Wartawan-Penyiasatan-Dalam-Filem-Terbaru

Aktor popular Ranveer Singh bakal muncul dengan filem aksi terbarunya yang mana dia akan membawa watak sebagai wartawan penyiasat.

Filem tersebut akan diarahkan oleh Abhinav Deo yang mana judul filem itu masih lagi belum didedahkan.

"Ranveer sentiasa terbuka untuk terlibat dalam naskhah yang membabitkan babak aksi. Filem ini akan menguji kemampuan Ranveer dalam menjayakan babak aksi.

"Pengarah telah menyusun babak-babak aksi yang cukup hebat, malah akan memperlihatkan Ranveer melakukan aksi lagak ngeri menakjubkan," ujar sumber produksi filem itu yang dipetik dari BollywoodHungama.

Dalam filem itu akan menyaksikan Ranveer membawa watak seorang seorang wartawan penyiasatan tidak kenal erti takut dalam misi untuk menyelamatkan hari.

Selain itu, Ranveer juga bakal terlibat dengan filem "Takht" selepas selesai dengan filem biopik "83".
Ranveer akan membawa watak sebagai maharaja Mughal yang mana ia turut dibintangi oleh Vicky Kaushal, Kareena Kapoor Khan, Alia Bhatt, Bhumi Pednekar dan Janhvi Kapoor.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: DNA India
 
 



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.