CLOSE
CLOSE AD

Ayushmann Khurrana kembali berganding dengan Annu Kapoor selepas 7 tahun

  • 24 Apr 2019
Ayushmann-Khurrana-kembali-berganding-dengan-Annu-Kapoor-selepas-7-tahun

Setelah tujuh tahun filem "Vicky Donor" ditayangkan, kini aktor Ayushmann Khurrana dan Annu Kapoor bakal kembali ke layar lebar dalam filem terbaru "Dream Girl".

Memetik laporan India Today, Annu yang memegang watak seorang doktor bernama Baldev Chaddha dalam "Vicky Donor" akan membawa watak ayah kepada Ayushmann dalam "Dream Girl".

Ayushmann yang menyambut ulangtahun ketujuh dalam bidang lakonan, berkongsi gambarnya bersama aktor veteran itu di laman Twitter pada Ahad lalu.

Ditayangkan pada 2012, filem "Vicky Donor" arahan Shoojit Sircar itu berkisar tentang penderma sperma. Filem itu turut menampilkan aktres "Badlapur", Yami Gautam.

Filem tersebut telah memenangi anugerah bagi Filem Popular Terbaik di Anugerah Filem Kebangsaan ke-60. Sebuah 'remake' dalam Telugu berjudul "Naruda Donoruda" dibintangi Sumanth dan Pallavi Subhash juga turut dihasilkan.

Selain Ayushmann dan Annu, Nushrat Bharucha turut akan tampil dalam filem "Dream Girl" dan ini merupakan filem pertama hasil gandingan Nushrat dan Ayushmann.

Filem drama komedi arahan Raaj Shaandilyaa itu diterbitkan oleh Ekta dan Shobha Kapoor dibawah pihak produksi Balaji Motion Pictures.

Sebelum ini, Ayushmann juga pernah muncul dalam filem "Bareilly Ki Barfi", "Dum Laga Ke Haisha" dan "Badhaai Ho".

Sumber foto: The Indian Wire, Bollywood Hungama



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".