CLOSE
CLOSE AD

Rajkummar Rao Ganti Dharmendra Dalam Filem Baru "Chupke Chupke"

  • 22 Apr 2019
Rajkummar-Rao-Ganti-Dharmendra-Dalam-Filem-Baru-Chupke-Chupke

Filem klasik 'remake' arahan Hrishikesh Mukherjee berjudul "Chupke Chupke" bakal menampilkan aktor Rajukummar Rao sebagai watak utama bagi menggantikan Dharmendra.

Menurut laporan TheQuint, penerbit Bhushan Kumar dan Luv Ranjan telah berkolaborasi bagi menghasilkan 'remake' bagi filem komedi ikonik itu.

Terdahulu, filem itu yang diterajui oleh Dharmendra, Amitabh Bachchan, Sharmila Tagore dan Jaya Bachchan, telah menyambut ulang tahun ke-44 filem tersebut pada 11 April.

Menerusi filem asal, Dharmendra memegang watak seorang profesor di Botany bernama Parimal Tripathi yang menyamar sebagai Pyare Mohan, seorang pemandu untuk memperdayakan abang ipar isterinya semasa bulan madu.

""Chupke Chupke" merupakan salah sebuah karya filem kegemaran Rajkummar Rao. Dia amat teruja tentang idea untuk menghasilkan 'remake' filem ikonik ini dan bersetuju untuk bekerjasama.

"Rajkummar akan membawa dua watak Dharmendra. Skrip filem masih dalam proses pembikinan tetapi pihak produksi sangat teruja dalam projek ini," jelas seorang sumber.

Dalam sebuah temubual, Dharmendra memberitahu bahawa filem 'remake' itu adalah satu cabaran kerana ramai dari golongan muda dan tua sudah menonton filem asal dan menggemarinya. Jadi ia akan setanding dengan filem asal.

Ini bukan kali pertama 'remake' bagi "Chupke Chupke" dilaporkan akan dihasilkan. Pada 2013, pereka filem Umesh Shukla pernah merancang untuk membuat 'remake' filem itu serta memilih Paresh Rawal bagi menggantikan watak yang dibawa oleh Om Prakash.

Namun begitu, perancangan itu tidak pernah direalisasikan.

Kali terakhir Rajkummar Rao dilihat berganding dengan Sonam Kapoor adalah dalam filem "Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga".

Kini dia sedang bekerja dalam pembikinan beberapa filem terbaru termasuk "Made in China", "Rooh Afza" dan "Turram Khan". Aktor itu juga bakal berganding dengan Kangana Ranaut dalam filem "Mental Hai Kya".

Sumber foto: The Asian Today
 



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.