CLOSE
CLOSE AD

Varun Dhawan Tidak Takut Gagal Walau Banyak Cabaran

  • 22 Apr 2019
Varun-Dhawan-Tidak-Takut-Gagal-Walau-Banyak-Cabaran

Aktor Varun Dhawan kini sedang mencari pengalaman baru selepas projek filemnya iaitu "Badrinath Ki Dulhania", "October" dan yang terbaru "Kalank" mendapat sambutan.

Memetik laporan TimesofIndia, Varun menganggap setiap projek filem itu sebagai cabaran bagi memperbaiki kelemahan diri dalam kariernya.

"Saya tidak takut akan kegagalan tetapi setiap filem tersebut merupakan cabaran buat saya. Saya bekerja keras bagi setiap projek dan sentiasa memperbaiki kerja saya setiap masa," jelas Varun.
Setelah mencapai kejayaan demi kejayaan, aktor berusia 32 tahun itu berkata mengkaji setiap karya seseorang itu mendatangkan risiko besar.

"Sudah tentunya ia adalah risiko yang besar memandangkan ia satu pengalaman berbeza buat saya. Bagi saya pengalaman dan menyampaikan mesej kepada penonton itu lebih penting," tambahnya lagi.
Namun dia tidak terlalu memikirkan soal kegagalan. Baginya kejayaan dan kegagalan yang sama-sama datang dalam setiap pekerjaan tiada beza dengan industri filem.

Varun percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan perkara yang buruk akan diganti dengan yang lebih baik.

Anak kepada pengarah David Dhawan itu menceburi bidang lakonan Bollywood menerusi filem "Student of the Year" pada 2012. Dia turut bekerja sebagai penolong pengarah Karan Johar bagi filem "My Name Is Khan".

Bermula sebagai watak seorang budak lelaki bandar kecil dari Jhansi dalam filem "Badrinath Ki Dulhania", ke filem tarian "ABCD 2", ke filem thriller "Badlapur", ke "October", seterusnya filem "Dilwale", "Dishoom", "Main Tera Hero" dan "Judwaa 2", Varun telah menunjukkan peningkatan dalam setiap projek tersebut.

Di samping itu, Varun turut menjadikan bintang Hollywood terkenal Dwayne Johnson sebagai inspirasi hidup dalam industri hiburan kerana mengagumi setiap karya dan kreativiti bintang tersebut.

Kini Varun kembali ke layar lebar sebagai watak Zafar dalam filem baru "Kalank". Filem arahan Abhishek Varman itu berjaya mendapat kutipan pecah panggung pada hari pertama tayangan berbanding filem "Kesari", "Gully Boy" dan "Total Dhamaal".

Aktor itu menganggap wataknya dalam filem tersebut sebagai watak paling mencabar yang pernah dia pegang selama ini. Dia juga perlu melakukan aksi lagak ngeri seperti menghantukkan diri ke dinding dan terjun dari tempat tinggi.

Sumber foto: DNA India
 



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.