CLOSE
CLOSE AD

Aditya Roy Kapur Akui Tidak Rancang Mahu Jadi Pelakon

  • 22 Apr 2019
Aditya-Roy-Kapur-Akui-Tidak-Rancang-Mahu-Jadi-Pelakon

Aditya Roy Kapur mengakui dirinya tidak pasti dengan kariernya sebagai pelakon walaupun sudah 10 tahun terlibat dalam industri.

Dilahirkan dalam keluarga yang terdiri dari golongan artis, Aditya berkata dirinya adalah yang paling kurang cenderung kearah dunia seni. Walaupun sering menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Hindi, aktor ini sudah jatuh cinta pada kerjayanya.

Bermula sebagai penyampai hiburan untuk "Channel V", Aditya kemudiannya membuat debut pertamanya sebagai pelakon dalam filem "London Dreams".

Menurut laporan TimesofIndia, tahun demi tahun dia mula muncul di layar perak menerusi filem "Aashiqui 2", "Yeh Jawaani Hai Deewani" dan "Ok Jaanu".

"Semuanya berlaku tanpa dirancang. Saya tidak membesar dalam dunia filem Hindi. Bahkan semasa menjadi penyampai hiburan, saya sering menolak tawaran berlakon kerana saya tidak dapat bayangkan diri saya sebagai seorang pelakon," jelasnya.

Satu ujibakat lakonan yang diadakan pada tahun 2008 untuk filem arahan Vipul Shah telah menjadi kunci kepada Aditya untuk masuk ke dunia Bollywood walaupun dia tidak bercadang untuk membuat keputusan itu.

Sudah tentunya aktor berusia 33 tahun itu mempunyai jatuh bangun serta menerima pujian dan kritikan sepanjang kariernya. Namun kini dia berasa dirinya lebih matang berbanding dahulu.

"Selama beberapa tahun ini saya telah jatuh cinta kepada industri, kerja saya serta kerjaya ini sendiri. Ia merupakan satu perjalanan yang penuh dengan jatuh bangun. Bagi tahun-tahun sebelumnya, ia merupakan tempoh untuk saya mengenali diri sendiri dimana saya mula mempunyai minat untuk berlakon," ujarnya lagi.

Selepas selesai menjalani penggambaran untuk tiga filem pertamanya, Aditya mula sedar bahawa inilah perkara yang dia mahu lakukan, belajar serta ceburi.

Datuk dan neneknya merupakan guru tarian, ibunya seorang pengarah teater sekolah manakala abang-abangnya Siddharth adalah pengasas syarikat produksi Roy Kapur Films, dan Kunaal lebih cenderung kepada dunia teater.

Selain Aditya, filem "Kalank" turut dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Varun Dhawan, Alia Bhatt, Madhuri Dixit, Sanjay Dutt dan Sonakshi Sinha.

Aditya juga bakal tampil dalam filem terbaru "Sadak 2" dan "Malang".

Sumber foto: Biz Asia Live
 



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.