CLOSE
CLOSE AD

Deva Katta tertarik dengan minat Sanjay Dutt untuk filem "Prasthanam"

  • 19 Apr 2019
  • Tags:
Deva-Katta-tertarik-dengan-minat-Sanjay-Dutt-untuk-filem-Prasthanam

 

Menerusi laporan TheIndianExpress, Deva kini sedang membuat 'remake' bagi filem itu yang turut berada dibawah produksi Sanjay Dutt Productions.

"Sanjay tertarik untuk bekerjasama dalam projek ini sejak 2011-2012 dalam setahun ke dua tahun tayangannya. Dalam masa beliau dipenjara kemudian dibebaskan, Sanjay turut menunjukkan minat akan filem ini.

"Saya teruja kerana beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap pembikinan projek ini," kata Deva.

Pengarah itu turut memberi kredit kepada Maanayata kerana bersama-sama menjayakan naskhah bergenre aksi politik tersebut. Aktor Sharwanand, Saikumar dan Sudeep Kishan adalah pelakon yang pernah menerajui filem asal "Prasthanam".

Menurut Deva lagi, pihaknya berjumpa dengan Sanjay untuk membincang tentang satu projek berbeza namun apabila tahu Sanjay mempunyai DVD filemnya jadi Deva menganggap beliau juga punyai hak untuk bekerjasama.

Projek filem Tamil yang ingin dibincangkan itu tidak menjadi, maka Sanjay terus bercadang untuk membuat 'remake' filem ini yang turut menjadi filem kegemaran isteri beliau.

Maanayata telah banyak membantu dari segi perkara terperinci, memberi kelainan serta tumpuan akan aspek-aspek penting bagi membentuk semula jalan cerita filem ini.

Tambahnya lagi, tidak banyak perubahan yang dibuat oleh pihak produksi untuk filem ini kecuali menapis dan membaikpulih kualitinya.

Pernah dikenali melalui filem "Autonagar Surya" dan "Vennela", Deva akui dia tidak pernah terfikir untuk menjadi pengarah dalam industri Bollywood.

Filem asal tahun 2010 itu berkisarkan tentang seorang ahli politik yang mempunyai konflik rumit dengan keluarganya. Flem ini telah memenangi beberapa anugerah dalam industri Telugu.

Barisan bintang Bollywood yang akan turut muncul dalam filem terbaru "Prasthanam" yang dijangka keluar pada Ogos atau September tahun ini, ialah Ali Fazal, Manisha Koirala dan Jackie Shroff.



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.