CLOSE
CLOSE AD

Rakul Preet Singh berjaya turunkan 10kg demi "De Do Pyaar De"

  • 18 Apr 2019
  • Tags:
Rakul-Preet-Singh-berjaya-turunkan-10kg-demi-De-Do-Pyaar-De

Bintang Punjabi, Rakul Preet Singh berjaya menurunkan sebanyak 10 kilogram (kg) bagi membintangi filem Bollywood terbaru berjudul "De Do Pyaar De".

Menurut laporan dari TimesofIndia, Rakul akan muncul dalam filem romantik komedi arahan Akiv Ali itu bersama dua bintang terkenal lain iaitu Ajay Devgn dan Tabu.

Filem "De De Pyaar De" menceritakan tentang seorang duda yang jatuh hati kepada seorang gadis dari London yang 20 tahun lebih muda darinya.

Dilihat semakin cantik dan kurus dalam treler filem tersebut, Rakul akhirnya mengakui bahawa penerbit Luv Ranjan telah memintanya untuk mencapai berat badan yang ideal serta kelihatan persis Deepika Padukone dalam filem "Cocktail".

Pemilik francais gim itu menganggap ia sebagai satu cabaran dan dilaporkan turun sebanyak 10kg dalam jangka masa 25 hari dengan mengamalkan diet.

Rakul menganggap bulan yang padat dengan latihan itu sebagai bulan paling penuh dengan kerja keras dari segi kecergasan dirinya.

Aktres jelita kelahiran Delhi itu merupakan salah seorang heroin yang perlu mengimbang antara beberapa industri filem termasuk Bollywood.

Memiliki raut wajah menawan serta personaliti menarik, Rakul berjaya menaikkan nama dalam industri Tollywood dengan beberapa filem lakonannya.

Selain "De Do Pyaar De", Rakul turut menerajui filem "Manmadhudu 2" dan "NGK".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.
 



Suggested Articles

Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

Aktor itu akan bekerjasama dengan pengarah Kenneth Branagh dan pelakon hebat Hollywood.

Karan-Johar-Jalin-Usaha-Sama-Dengan-Platform-Penstriman-Terkenal Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Karan Johar Jalin Usaha Sama Dengan Platform Penstriman Terkenal

Pemilik syarikat produksi Dharma Productions itu bakal tampil dengan projek baru.

Kangana-Ranaut-Dapat-Khidmat-Jurusolek-Hollywood-Untuk-Filem-Barunya Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Sep 2019

Kangana Ranaut Dapat Khidmat Jurusolek Hollywood Untuk Filem Barunya

Aktres itu akan melakonkan watak ahli politik India, Jayaram Jayalalithaa.

Jaideep-Ahlawat-Dipilih-Jadi-Antagonis-Filem-Khaali-Peeli Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Jaideep Ahlawat Dipilih Jadi Antagonis Filem "Khaali Peeli"

Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.

Kirti-Kulhari-Cabar-Diri-Keluar-Dari-Zon-Selesa Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Kirti Kulhari Cabar Diri Keluar Dari Zon Selesa

Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.

Aamir-Khan-Akhirnya-Setuju-Bintangi-Filem-Mogul Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Sep 2019

Aamir Khan Akhirnya Setuju Bintangi Filem "Mogul"

Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.