CLOSE
CLOSE AD

Sonam Kapoor jelaskan makna nepotisme dalam dunia Bollywood

  • 18 Apr 2019
  • Tags:
Sonam-Kapoor-jelaskan-makna-nepotisme-dalam-dunia-Bollywood

Aktres Sonam Kapoor mengakui bahawa dia hanya menggunakan peluang di atas kerja keras bapanya Anil Kapoor.

Memetik laporan HindustanTimes, baru-baru ini aktres itu hadir ke rancangan bual bicara Arbaaz Khan, "Pinch", sekaligus menerangkan maksud sebenar nepotisme dan memberi pendapat sendiri mengenai perkara itu.

Melalui rancangan itu, Sonam telah membaca kritikan-kritikan netizen terhadap dirinya melalui laman sosial.

Sonam turut memberi respons kepada satu kritikan di laman sosial Twitter yang menyatakan dirinya tidak tahu berlakon walaupun sudah 10 tahun berada dalam industri Bollywood.

"Saya sudah berada dalam industri selama 11 tahun. Terima kasih kerana mengikuti perkembangan diri dan kerjaya saya. Jadi saya ingin menjelaskan maksud sebenar nepotisme.

"Ramai yang menganggap ia berkait rapat dengan hubungan keluarga atau saudara mara seseorang tetapi sebenarnya ia bermaksud cubaan mendapatkan kerja dengan menggunakan apa jua cara termasuk dalam perhubungan.

"Saya rasa orang sudah salah anggap perkara ini atau menggunakan perkataan itu untuk kepentingan sendiri dan menjatuhkan orang lain,” katanya.

Tambahnya lagi, jika dia tidak mengambil peluang atas kejayaan dan kerja keras bapanya, Anil Kapoor, ia seperti dia tidak menghormati bapanya.

Menurut Sonam, bapanya datang dari keluarga yang tidak terkenal. Anil Kapoor sudah berada dalam industri selama lebih 40 tahun dan beliau bekerja keras demi anak-anaknya.

Kali terakhir Sonam dilihat bergandingan dengan bapanya adalah menerusi filem "Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga" yang mendapat pujian dari penonton.

Aktres itu bakal muncul dalam filem terbaru diberi judul "The Zoya Factor" yang turut menampilkan Dulquer Salmaan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.