CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan Kongsi Foto Selesai Jalani Penggambaran "Dabangg 3"

  • 15 Apr 2019
Salman-Khan-Kongsi-Foto-Selesai-Jalani-Penggambaran-Dabangg-3

Bintang terkenal Salman Khan meluahkan rasa gembira dan lega apabila penggambaran filem terbarunya berjudul "Dabangg 3" akhirnya selesai baru-baru ini.

Salman yang menjalani penggambaran di Maheshwar, Madhya Pradesh, memuat naik fotonya di Instagram dan Twitter dengan kapsyen menyatakan jadual penggambarannya berakhir.

Filem arahan Prabhu Deva yang dilanda kontroversi itu turut dibintangi barisan pelakon Sonakshi Sinha sebagai Rajjo dan Arbaaz Khan sebagai Makhanchand Pandey.

Menurut laporan dari The Quint, filem ketiga itu dijangka akan menemui penonton pada tahun 2020.
Turut membintangi filem ini adalah Sudeep yang membawa watak antagonis utama dan akan menyaksikan Salman dan Sudeep terlibat dengan babak-babak ganas bersama.

Terdahulu, tenaga produksi "Dabangg 3" telah diberikan amaran daripada Tinjauan Arkeologi India (ASI) akibat melanggar Akta Monumen Purba  dan Tapak Arkeologi dan Akta Kekal 1958. Mereka kemudiannya diarahkan untuk menghapuskan set filem terbabit.

Sebuah monumen batu dari kubu Alhilya yang berada di pinggir sungai Narmada juga dilaporkan rosak.
Selain itu, tenaga produksi turut menerima kritikan apabila foto Shivlinga dilapisi papan kayu semasa penggambaran tular di laman sosial. Perkara itu dikatakan melanggar sentimen agama Hindu.

Salman kemudiannya memberi penerangan bahawa Shivlinga itu ditutup bagi mengekalkan kesuciannya dan telah dialihkan selepas selesai penggambaran.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.


Sumber foto: Instagram Salman Khan



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Dilantik-Duta-Kempen-Pelancongan-Australia Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Jun 2019

Parineeti Chopra Dilantik Duta Kempen Pelancongan Australia

Aktres itu sudah dikenali sebagai 'Friends of Australia' sejak tiga tahun lalu.

Shah-Rukh-Khan-Masih-Berehat-dari-Berlakon-Filem Bolly Lah
ARTICLE
  • 24 Jun 2019

Shah Rukh Khan Masih Berehat dari Berlakon Filem

Bagaimanapun aktor itu masih meneruskan produksi bagi sebuah siri web.

5-Filem-Bollywood-Adaptasi-Kisah-Benar-2019 Bolly Lah
ARTICLE
  • 24 Jun 2019

5 Filem Bollywood Adaptasi Kisah Benar 2019

Jom lihat senarai filem Bollywood diinspirasi dari peristiwa sebenar yang ditayangkan tahun ini.

5-Filem-terbaru-Salman-Khan-wajib-tonton Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jun 2019

5 Filem terbaru Salman Khan wajib tonton

Jom lihat senarai filem baru dibintangi bintang popular Bollywood ini.

Shahid-Kapoor-akui-tidak-tonton-sesetengah-filem-lakonannya Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jun 2019

Shahid Kapoor akui tidak tonton sesetengah filem lakonannya

Pelakon itu kini selektif terhadap filem apa yang ditonton termasuklah filemnya sendiri.

Ayushmann-Khurrana-tegaskan-Article-15-bukan-anti-Brahmin Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jun 2019

Ayushmann Khurrana tegaskan "Article 15" bukan anti-Brahmin

Aktor itu menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyebelahi mana-mana pihak.