CLOSE
CLOSE AD

Irrfan Khan teruja dapat sambutan untuk filem terbaru

  • 11 Apr 2019
Irrfan-Khan-teruja-dapat-sambutan-untuk-filem-terbaru

Aktor terkenal Irrfan Khan teruja apabila mendapat sambutan positif daripada peminat semasa sesi penggambaran filem terbarunya "Angrezi Medium".

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman sosial Instagram miliknya, Irrfan dilihat dikelilingi peminat-peminatnya dari semua peringkat umur yang ingin bergambar di set penggambaran filem arahan Homi Adajania di Udaipur.

Tanpa memikirkan perasaan penat selepas bekerja, aktor yang cukup popular menerusi filem "Life of Pi" dan "Jurassic World" itu kelihatan gembira melayan semua peminat yang datang dari jauh untuk berjumpa dengannya.

Filem bergenre drama komedi itu akan ke layar perak pada 2020 dan merupakan sekuel bagi filem "Hindi Medium".

Aktor veteran berusia 52 tahun ini mempromosikan filem terbarunya dengan memuatnaik foto di set penggambaran  melalui laman Twitter dengan kapsyen; "GMB sejak 1990. Ia pasti menyeronokkan untuk bercerita kisah baru "Angrezi Medium" yang akan ditayangan tidak lama lagi bersama Mr Champakji."

Filem ini merupakan filem pertama Irrfan selepas dirinya didiagnosis mengidap tumor Neuroendokrin. Irrfan akan memegang watak sebagai seorang pemilik kedai dalam filem ini.

Selain Irrfan, barisan pelakon lain yang akan turut membintangi filem ini ialah Radhika Madan dan Kareena Kapoor.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: ScoopWhoop



Suggested Articles

Karan-Johar-Salahkan-Diri-Sendiri-Atas-Kegagalan-Kalank Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Aug 2019

Karan Johar Salahkan Diri Sendiri Atas Kegagalan "Kalank"

Pembikin filem itu juga bercadang untuk memberi ganti rugi kepada para pelabur.

Akshay-Kumar-ingin-bintangi-filem-multiple-hero Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Aug 2019

Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'

Aktor itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir aktor zaman ini.

Rohit-Shetty-terima-penghargaan-dari-Bulgaria Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Aug 2019

Rohit Shetty terima penghargaan dari Bulgaria

Pembikin filem itu turut menerima sijil penghargaan daripada Kedutaan India di Bulgaria.

Madame-Tussauds-Singapore-beri-penghormatan-kepada-Sridevi Bolly Lah
ARTICLE
  • 15 Aug 2019

Madame Tussauds Singapore beri penghormatan kepada Sridevi

Sebuah patung lilin mendiang aktres itu telah dipamerkan di muzium tersebut.

Priyanka-Chopra-dituduh-hipokrit Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Aug 2019

Priyanka Chopra dituduh hipokrit

Aktres itu dikritik oleh seorang penonton yang hadir di sebuah acara kosmetik pada minggu lalu.

Taapsee-Pannu-bakal-bintangi-filem-supernatural-thriller Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Aug 2019

Taapsee Pannu bakal bintangi filem 'supernatural-thriller'

Aktres itu akan tampil dengan penampilan baru bagi menjayakan wataknya.