CLOSE
CLOSE AD

Deepika Padukone ganti Priyanka Chopra dalam "Don 3"

  • 10 Apr 2019
  • Tags:
Deepika-Padukone-ganti-Priyanka-Chopra-dalam-Don-3

Aktres Deepika Padukone dilaporkan akan mengambil alih watak utama wanita dalam filem "Don 3" menggantikan Priyanka Chopra yang sebelumnya berganding dengan Shah Rukh Khan dalam "Don" dan "Don 2".

Dipetik dari Kalingatv, isteri kepada Nick Jonas itu telah menolak tawaran untuk meneruskan penggambaran filem tersebut setelah konflik timbul di antara kedua-dua pelakon itu dan sejak itu mereka tidak lagi bergandingan.

Dalam pada itu, Deepika kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahan Meghna Gulzar berjudul "Chhapaak" yang mana dia akan membawa watak sebenar mengenai mangsa serangan asid.

Menerusi "Don 3", Deepika akan membawa watak cukup berbeza.
Aktres berusia 33 tahun ini pernah digandingkan bersama Shah Rukh Khan dalam filem debut-nya "Om Shanti Om" seterusnya "Chennai Express", "Happy New Year" dan "Zero".

Terdahulu, pelakon "Dhoom 3", Katrina Kaif juga pernah dikhabarkan untuk menggalas watak utama dalam filem itu, namun ia hanya sekadar khabar angin.

"Don" merupakan filem 'reboot' dari filem dengan judul sama pada tahun 1978. Diarahkan oleh Farhan Akhtar filem itu berjaya mendapat sambutan luar biasa daripada penonton termasuklah peminat filem ikonik itu.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Instagram Deepika Padukone)
 



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".