CLOSE
CLOSE AD

5 Filem Bollywood terbaik lakonan Kajol

  • 10 Apr 2019
  • Tags:
5-Filem-Bollywood-terbaik-lakonan-Kajol

Siapa tidak kenal pelakon wanita Bollywood yang sering digandingkan bersama Shah Rukh Khan iaitu Kajol, atau nama sebenarnya Kajol Mukherjee.
Isteri kepada penerbit dan pengarah terkenal, Ajay Devgan, ini mula berjinak dalam bidang lakonan seawal usia 16 tahun dan mencipta nama pada tahun 1992 melalui filem debutnya “Bekhudi”.
Sejak pada itu, karier Kajol mula berkembang dan dia telah membintangi beberapa filem Bollywood terkenal seperti “Kuch Kuch Hota Hai”, “Kabhi Khushi Kabhie Gham...” dan “My Name Is Khan”.
Selain yang dinyatakan, terdapat juga beberapa filem dilakonkan oleh Kajol yang telah membuatkan dia berjaya tercalon dan merangkul beberapa anugerah besar dalam industri filem Bollywood.
Dari berpuluh-puluh filem yang dibintanginya, Cinema Online ingin menyenaraikan lima filem terbaik lakonan Kajol.

Dilwale Dulhania Le Jayenge


Filem bergenre romantik seperti “Dilwale Dulhania Le Jayenge” ini telah mengangkat nama Kajol ke mata dunia apabila keserasian lakonannya bersama aktor Shah Rukh Khan jelas kelihatan menerusi filem ini.
Berkisarkan percintaan Raj dan Simran semasa bercuti di Eropah bersama rakan-rakan mereka, Raj cuba untuk memenangi hati keluarga Simran supaya mereka itu boleh berkahwin, tetapi ayah Simran ingin Simran berkahwin dengan anak kawannya.
Bakat lakonan yang cukup menakjubkan itu telah membawa Kajol berjaya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik oleh Filmfare dan dicalonkan sebagai pelakon wanita terbaik oleh Star Screen Award pada tahun 1996.
Sejak ditayangkan pada 1995, filem arahan Aditya Chopra ini telah menjadi kegemaran peminat-peminat filem Bollywood. Jadi tidak hairanlah filem yang diterajui Kajol dan Shah Rukh Khan ini masih disukai sehingga kini.
 
Fanaa

Dalam filem ini Kajol membawa watak sebagai seorang gadis buta bernama Zooni yang pergi ke New Delhi bersama kumpulan tariannya bagi melakukan persembahan untuk Republic Day.
Kali ini Kajol digandingkan dengan aktor Bollywood kacak, Aamir Khan sebagai Rehan Qadri yang merupakan seorang pemandu pelancong. Keramahan dan kebaikan Rehan membuatkan Zooni jatuh hati dengannya.
Filem ini juga merupakan arahan Aditya Chopra yang diterajui barisan pelakon seperti Rishi Kapoor, Kirron Kher, Sharat Saxena dan Tabu. Kajol turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filmfare menerusi lakonannya dalam filem ini.

Gupt: The Hidden Truth


Menariknya dalam filem thriller arahan Rajiv Rai ini, Kajol telah memainkan watak antagonis sebagai Isha. Bobby Deol yang memegang watak Sahil Sinha telah jatuh cinta dengan Isha namun bapanya mahu Sahil berkahwin dengan gadis pilihan bapanya. Konflik terus berlaku apabila bapa Sahil ditemui mati dan dia telah dituduh sebagai suspek.
Lakonan dan penghayatan yang mantap melalui filem ini telah membuatkan Kajol sekali lagi menerima pengiktirafan iaitu Anugerah Pelakon Jahat Terbaik oleh Filmfare dan Zee Cine Award pada tahun 1998.

Baazigar



Selepas berjaya menaikkan filem "Bekhudi", ibu kepada dua orang anak ini telah berganding bersama Shah Rukh Khan dalam filem "Baazigar", sebuah filem aksi yang menceritakan tentang Ajay Sharma, seorang ahli perniagaan ingin membalas dendam terhadap pengkhianat perniagaan milik bapanya.
Filem arahan Abbas–Mustan ini merupakan antara empat filem Hindi yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 1993.
Pengarah mendapat inspirasi daripada sebuah filem British berjudul "A Kiss Before Dying" pada 1991. Selain Kajol dan Shah Rukh Khan, ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Siddharth Ray, Shilpa Shetty dan Rakhee Gulzar.

Dushman



Berkisarkan tentang adik beradik kembar seiras bernama Naina dan Sonia yang mana kedua-dua watak itu dilakonkan oleh Kajol sendiri dengan bantuan pelakon-pelakon tambahan.
Kehebatan Kajol dalam lakonannya terserlah kerana dia berjaya membawa dua watak yang mempunyai perbezaan dari segi sikap dan pendirian. Sonia merupakan seorang yang periang manakala Naina lebih pemalu dan pendiam. Malangnya, Sonia telah mati dibunuh dan Naina pergi memburu pembunuh bersiri bernama Gokul.
Filem pecah panggung tahun 1998 arahan Tanuja Chandra ini berjaya mendapat kritikan positif oleh penonton serta merupakan filem Hindi ketujuh mendapat kutipan tertinggi. Menurut Tanuja, dia ingin menonjolkan kekuatan wanita serta mengubah stereotaip terhadap golongan wanita menerusi filem ini.
Selain Kajol, filem ini menyaksikan dia bergandingan aktor hebat seperti Sanjay Dutt dan Ashutosh Rana.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.



Suggested Articles

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.

Rajkummar-Rao-rancang-kolaborasi-bersama-Karan-Johar Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Rajkummar Rao rancang kolaborasi bersama Karan Johar

Aktor itu turut berkongsi impiannya untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Shilpa-Shetty-bakal-kembali-ke-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Shilpa Shetty bakal kembali ke layar perak

Aktres itu dikatakan akan membintangi sebuah filem komedi arahan Haroon Mirza.

Priya-Prakash-Varrier-ingin-bintangi-lebih-banyak-filem-Hindi Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jul 2019

Priya Prakash Varrier ingin bintangi lebih banyak filem Hindi

Aktres itu kini mempunyai dua projek filem Bollywood dalam tangan.

Varun-Dhawan-Cedera-di-Lutut-Ketika-Latihan-Menari Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Jul 2019

Varun Dhawan Cedera di Lutut Ketika Latihan Menari

Aktor itu sedang giat berlatih sebagai persiapan filem "Street Dancer 3D".