CLOSE
CLOSE AD

Janhvi Kapoor Bawa Dua Watak dalam "Rooh-Afza"

  • 09 Apr 2019
  • Tags:
Janhvi-Kapoor-Bawa-Dua-Watak-dalam-Rooh-Afza

Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Janhvi Kapoor terus mengorak langkah ke depan apabila sahut cabaran baru dengan menjayakan dua watak untuk filem terbarunya yang diberi judul "Rooh-Afza".

Aktres tersebut membuat debut-nya dalam filem Bollywood pada tahun lalu menerusi filem "Dhadak".
Janhvi merasakan dia mampu menggalas kedua-dua watak itu dengan baik, memandangkan salah satu watak dalam filem itu adalah hantu.

Dalam pada itu, satu sumber yang rapat dengan keluarga Janhvi berkata; "Janhvi merupakan yang pertama dalam keluarga Kapoor dari generasinya yang bawa dua watak dalam filem. Sebelum ini ibunya (Sridevi) dan pak ciknya (Anil Kapoor) pernah bawa dua watak dalam "Chaalbaaz" dan "Kishen Kanhaiya".

"Tetapi Janhvi tidak akan merujuk kepada lakonan ibunya langsung, sebaliknya dia mahu mencorak watak itu sendiri," ujar sumber itu yang dipetik dari Masala.

Aktres berusia 22 tahun itu mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapanya iaitu Boney Kapoor dan Sridevi yang merupakan bintang filem tersohor Bollywood.

Sumber Foto: Janhvi Kapoor Instagram

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.