CLOSE
CLOSE AD

Alia Bhatt Belajar Telugu untuk Filem Terbarunya

  • 09 Apr 2019
Alia-Bhatt-Belajar-Telugu-untuk-Filem-Terbarunya

Aktres popular Alia Bhatt yang bakal berdepan cabaran baru dalam filem Telugu sulungnya yang diberi judul "RRR" kini sedang giat melakukan persiapan dengan menghadiri kelas Telugu secara peribadi setiap hari.

"Ia satu cabaran yang saya tidak dapat nafikan. Telugu adalah bahasa yang sukar untuk dipelajari. Saya mahu faham nuansa bahasa, seperti mengapa sesetengah perkataan disebut sebegitu. Bila sudah tahu baru saya boleh luahkan perasaan watak saya.

"Ia akan menjadi satu pencapaian yang manis buat saya apabila saya dapat belajar dan bertutur dalam Telugu," ujarnya yang dipetik dari Masala.

Dalam pada itu, Alia mendedahkan mengapa dia menerima tawaran untuk berlakon dalam filem arahan SS Rajamouli adalah kerana ia merupakan salah satu daripada tiga pembikin filem yang dia mahu bekerjasama selain Karan Johar dan Sanjay Leela Bhansali.

Sementara itu, selain "RRR" dia juga bakal muncul dengan filem terbaru berjudul "Kalank" dan "Inshallah".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber foto: Alia Bhatt Instagram



Suggested Articles

Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak" Filem itu ditangguhkan demi memberi laluan kepada filem "Angrezi Medium".

Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

Aktres itu dikatakan akan menggantikan tempat Priyanka Chopra sebagai watak utama.

Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

Tayangan filem itu turut ditangguhkan demi mencari pengganti aktor tersebut.

Ananya-Panday-jadi-matang-dalam-Pati-Patni-Aur-Woh Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Ananya Panday jadi matang dalam "Pati Patni Aur Woh"

Aktres itu digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dan aktres Bhumi Pednekar.

Patung-lilin-Ranveer-Singh-bakal-dipamer-di-Madame-Tussauds-London Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Sep 2019

Patung lilin Ranveer Singh bakal dipamer di Madame Tussauds London

Patung lilin aktor itu akan diletakkan bersebelahan patung lilin isterinya.

Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Sep 2019

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

Aktres itu dikatakan akan berganding dengan aktor Kartik Aaryan.