CLOSE
CLOSE AD

John Abraham Mahu Berlakon Filem Romantik

  • 08 Apr 2019
John-Abraham-Mahu-Berlakon-Filem-Romantik

Aktor John Abraham menyuarakan hasratnya untuk berlakon dalam filem romantik, namun sehingga kini dia masih belum mendapat skrip yang menepati personalitinya.

"Saya memang mahu berlakon filem romantik. Tetapi saya belum jumpa lagi naskhah yang sesuai dengan saya. Ia genre yang menarik. Saya perlu cerita cinta yang sesuai dengan personaliti dan fizikal saya," ujarnya yang dipetik dari Times of india.

Aktor berusia 46 tahun itu bagaimanapun berkata dia akan terus menunggu sehingga dia mendapat tawaran naskhah yang sesuai dengannya.

Dalam pada itu, sementara menunggu tawaran filem romantik, pelakon yang terkenal dengan filem kontroversi "Jism" ini kini sedang fokus dengan filem aksi terbarunya yang diberi judul "Attack".

"Kami sedang dalam proses pembangunan skrip "Attack". Kami sangat teruja untuk buat filem ini. Masalah dengan filem aksi adalah anda perlu pastikan dapat beri emosi yang betul. Ramai yang boleh hasilkan filem aksi terbaik didunia tetapi jika emosinya tidak kena, ia tidak akan berhasil."

Sementara itu, John yang baru sahaja muncul dengan filem aksi "Romeo Akbar Walter" yang mendapat kritikan positif daripada pengkritik filem turut mendedahkan yang dia kini sedang sibuk dengan dua buah filem terbaru.

Antaranya adalah "Batla House" arahan Rensil D'Silva, dan filem "1911".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.



Suggested Articles

Tarikh-Rilis-Saaho-Diubah-ke-Tarikh-Baru Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Tarikh Rilis "Saaho" Diubah ke Tarikh Baru

Tarikh tayangan filem itu ditukar bagi mengelakkan berlanggar tarikh dengan filem lain.

Varun-Sharma-Selesa-Bawa-Watak-Komedi Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Varun Sharma Selesa Bawa Watak Komedi

Aktor itu turut mengakui bahawa dia ingin mencuba watak-watak yang berbeza.

Salman-Khan-Bakal-Terbit-Filem-Tentang-Dewan-Perkahwinan Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Salman Khan Bakal Terbit Filem Tentang Dewan Perkahwinan

Filem itu diberi judul "Bulbul Marriage Hall" buat sementara waktu.

Anushka-Sharma-Bakal-Terbit-Siri-Web-Mai Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Jul 2019

Anushka Sharma Bakal Terbit Siri Web "Mai"

Aktres itu kembali ke dunia seni selepas berehat buat seketika.

Parineeti-Chopra-Sidharth-Malhotra-dedah-cabaran-jayakan-Jabariya-Jodi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Parineeti Chopra & Sidharth Malhotra dedah cabaran jayakan "Jabariya Jodi"

Pihak produksi filem itu perlu menahan cuaca panas di Lucknow.

Hrithik-Roshan-belajar-loghat-Bihari-demi-Super-30 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Jul 2019

Hrithik Roshan belajar loghat Bihari demi "Super 30"

Sebagai persiapan, aktor itu mendedahkan bahawa dia perlu berlatih selama dua jam sehari.