CLOSE
CLOSE AD

Zee Cine Awards 2019: "Padmaavat" menang besar, Alia Bhatt nangis dengar ucapan Ranbir Kapoor

  • 01 Apr 2019
  • Tags:
Zee-Cine-Awards-2019-Padmaavat-menang-besar-Alia-Bhatt-nangis-dengar-ucapan-Ranbir-Kapoor


Semalam telah berlangsung siaran majlis anugerah berprestij Zee Cine Awards 2019 yang menyaksikan kehadiran ramai bintang-bintang Bollywood memeriahkan acara anugerah tahunan yang diadakan secara gilang-gemilang.

Malam kemuncak itu menyaksikan filem "Raazi" arahan Meghna Gulzar diangkat sebagai Filem Terbaik.

Bagaimanapun, tumpuan lebih terakhir kepada filem kontroversi "Padmaavat" yang berjaya menang besar pada malam tersebut.

"Padmaavat" berjaya merangkul enam trofi termasuk Pengarah Terbaik menerusi Sanjay Leela Bhansali, dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Deepika Padukone.


Dalam pada itu, aktres jelita Katrina Kaif juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila dia berjaya dinobat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem "Zero".

Manakala untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula, ia menjadi milik Vicky Kaushal menerusi lakonannya dalam "Manmarziyaan" manakala Ranbir Kapoor berjaya memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik untuk "Sanju".


 

Ucapan Ranbir menjadi tumpuan orang ramai di laman sosial apabila teman wanitanya, Alia Bhatt dirakam menangis apabila Ranbir mengucap terima kasih kepada ibubapanya Rishi Kapoor dan Neetu Kapoor. 

Amar Kaushik berjaya merangkul trofi Debut Pengarah Terbaik menerusi filem "Stree".

Berikut adalah senarai penuh pemenang Zee Cine Awards 2019:

Filem terbaik - "Raazi"
Pelakon lelaki terbaik - Ranbir Kapoor "Sanju"
Pelakon wanita terbaik - Deepika Padukone "Padmaavat"
Pengarah terbaik - Sanjay Leela Bhansali "Padmaavat"
Debut pengarah terbaik - Amar Kaushik "Stree"
Debut pelakon wanita terbaik - Janhvi Kapoor "Dhadak"
Debut pelakon lelaki terbaik - Ishaan Khattar "Dhadak"
Pelakon pembantu wanita terbaik - Katrina Kaif "Zero"
Pelakon pembantu lelaki terbaik - Vicky Kaushal "Manmarziyaan"
Pilihan penonton lagu terbaik – “Aankh Maarey”
Pilihan penonton filem terbaik – "Sanju"
Pilihan penonton pelakon wanita terbaik - Alia Bhatt "Raazi"
Pilihan penonton pelakon wanita terbaik – Ranveer Singh "Padmaavat"
Sinematografi terbaik - Sudip Chatterjee "Padmaavat"
Aksi terbaik - Ahmed Khan and Shamshir Khan "Baaghi 2"
Visual efek terbaik – "Zero"
Suntingan terbaik - Pooja Ladha Surti "Andhadhun"
Skor latar terbaik - Daniel B George "Andhadhun"
Rekaan bunyi terbaik - Biswajit Chatterjee, Justin Jose, Nihar Ranjan Samal "Padmaavat"
Dialog terbaik - Sumit Arora "Stree"
Skrip filem terbaik - Sriram Raghavan, Arijit Biswas dan pasukan "Andhadhun"
Koreografi terbaik - Jyoti B Kumar dan Niti Mukesh untuk Ghoomar  "Padmaavat"
Anugerah Jodi tahun ini - Neena Gupta dan Gajraj Rao "Badhaai Ho"
Penyanyi wanita 'playback' terbaik - Harshdeep Kaur dan Vibha Saraf  untuk Dilbaro "Raazi"
Penyanyi lelaki 'playback' terbaik - Yasser Desai "Goal"
Pelakon terbaik untuk watak negatif - Tabu "Andhadhun"
Pelakon terbaik dalam watak komik - Kartik aaryan "Sonu Ke Titu Ki Sweety"
Kerja luar biasa untuk perubahan sosial - Sonam Kapoor Ahuja "Padman"
Lirik terbaik - Gulzaar Sahab untuk Dilbaro "Raazi"
Muzik terbaik - Ajay-Atul "Dhadak"
Sumbangan besar untuk sinema Hindi - Hema Malini

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.


 (Sumber foto: News 18)

 



Suggested Articles

Pengarah-mahukan-Shah-Rukh-Khan-dan-Amitabh-Bachchan-dalam-Don-terbaru Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Jun 2019

Pengarah mahukan Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan dalam "Don" terbaru!

Farhan Akthar harap impiannya untuk dapatkan kedua-dua bintang ini tercapai.

Amitabh-Bachchan-Tunai-Janji-Langsaikan-Hutang-2-100-Petani Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Amitabh Bachchan Tunai Janji, Langsaikan Hutang 2,100 Petani

Bintang veteran itu berkongsi berita tersebut menerusi entri blog miliknya.

Akshay-Kumar-Katrina-Kaif-Sambung-Penggambaran-di-Hyderabad Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Akshay Kumar & Katrina Kaif Sambung Penggambaran di Hyderabad

Kedua-dua aktor itu merupakan peneraju filem "Sooryavanshi".

Shahid-Kapoor-Kabir-Singh-sebuah-Naskhah-Unik Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Jun 2019

Shahid Kapoor: "Kabir Singh" sebuah Naskhah Unik

Shahid Kapoor terima tawaran berlakon dalam filem ini kerana tertarik dengan watak Kabir Singh.

Sonakshi-Sinha-umum-tarikh-tayangan-filem-Khandaani-Shafakhana Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jun 2019

Sonakshi Sinha umum tarikh tayangan filem "Khandaani Shafakhana"

Filem itu akan mula ditayangkan pada 26 Julai tahun ini.

Priyanka-Chopra-Rai-Tamatnya-Penggambaran-The-Sky-Is-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jun 2019

Priyanka Chopra Rai Tamatnya Penggambaran "The Sky Is Pink"

Filem itu merupakan 'comeback' Priyanka dalam dunia Bollywood.