Bintang terkenal Salman Khan dilaporkan bakal menghasilkan filem terbarunya yang diinspirasikan dari filem bersiri Hollywood popular, "Indiana Jones".

Menurut laporan dari Bollywood Hungama, filem yang akan diterbitkan oleh syarikat produksi milik Salman Khan itu akan di terbitkan dalam tiga bahagian.

Pasukan produksi milik aktor itu dikatakan tidak akan mengadaptasi filem itu, sebaliknya hanya akan menggunakan watak utama lakonan Harrison Ford sahaja sebagai rujukan.

Dalam filem "Indiana Jones", Harrison Ford membawa watak sebagai seorang profesor arkeologi.

Salman bukan sahaja akan menerbitkan filem ini, sebaliknya dia juga akan berlakon sebagai pelakon utama.

Bagaimanapun watak Salman untuk filem itu belum lagi didedahkan.

Penggambaran filem itu dijangka akan berlangsung pada lewat tahun 2020 bergantung kepada jadual aktor itu.

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Bollywood Life)