CLOSE
CLOSE AD

Ayushmann Khurrana Ingin Terokai Watak Gelap

  • 21 Oct 2019
Ayushmann-Khurrana-Ingin-Terokai-Watak-Gelap

Aktor Ayushmann Khurrana sememangnya terkenal dengan pembawaan watak yang luar biasa dan kini, dia mendedahkan keinginan untuk mencabar diri menjayakan watak gelap dalam naskhah yang akan datang.

"Saya teringin untuk menerokai watak-watak gelap dalam filem yang akan datang. Semasa zaman pementasan teater, saya hanya melakonkan watak-watak gelap namun tidak pernah berpeluang melakukannya dalam filem.

"Saya pasti jika ianya terjadi, ia merupakan pengalaman paling seronok dalam hidup saya," ujarnya yang dipetik menerusi laporan Hindustan Times.

Dalam pada itu, Ayushmann berkata dia sering tertarik dengan filem yang realistik dan luar biasa seperti "Vicky Donor", "Dum Laga Ke Haisha" dan "Andhadhun".

"Saya membawa watak lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut dalam "Bala" dan seorang lelaki homoseksual menerusi "Shubh Mangal Zyada Saavdhan". Saya akui kedua-dua filem itu sangat mencabar," katanya.

Menurut aktor serba boleh itu lagi, demi memperkembangkan kariernya, dia akan terus menjayakan watak-watak sebegitu, yang mana aktor-aktor lain akan berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk menerimanya.

"Bala" merupakan sebuah filem komedi gelap yang diarahkan oleh Amar Kaushik. Berlatar belakangkan bandar Kanpur, ia mengisahkan tentang seorang lelaki berpenyakit alopesia yang menyebabkan kepalanya menjadi botak.

Selain Ayushmann, filem itu turut dibintangi Yami Gautam, Bhumi Pednekar dan Javed Jaffrey. Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 7 November depan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: GQ India)
(Sumber artikel: Hindustan Times)



Suggested Articles

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Vicky-Kaushal-bakal-jalani-penggambaran-filem-adiwira-pada-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Vicky Kaushal bakal jalani penggambaran filem adiwira pada 2020

Filem aksi adiwira terbitan Ronnie Screwvala itu bakal diarahkan oleh Aditya Dhar.

Ileana-D-Cruz-tak-gentar-bintangi-filem-dibarisi-pelakon-hebat Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Ileana D'Cruz tak gentar bintangi filem dibarisi pelakon hebat

Ileana yakin dengan kemampuan dan lakonannya tidak akan tenggelam dalam setiap filemnya.

Salman-Khan-Bakal-Menyanyi-Buat-Pertama-Kali Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2019

Salman Khan Bakal Menyanyi Buat Pertama Kali?

Bintang terkenal itu dikatakan bakal menyanyikan salah sebuah lagu dalam filem terbarunya "Dabangg 3".