CLOSE
CLOSE AD

Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?

  • 19 Oct 2019
  • Tags:
Arjun-Kapoor-bakal-bintangi-projek-filem-terbaru-Ronnie-Screwvala

Arun Kapoor memberi maklum balas positif mengenai projek filem baru Ronnie Screwvala.

Aktor Arjun Kapoor dilaporkan meneriwa tawaran untuk membintangi sebuah projek filem aksi terbitan Ronnie Screwvala yang masih belum diberi judul.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, filem yang bakal menandakan debut pengarahan Neha Rakesh itu dikatakan berkisar mengenai buaya dan akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.

"Arjun kini sedang dalam proses perbincangan bersama para pembikin filem. Dia mendapati konsep filem itu sangat menarik.

"Selain Arjun, terdapat dua lagi watak penting, yang mana telah ditawarkan kepada Rana Daggubati dan Rakul Preet Singh. Proses pra produksi baru sahaja bermula.

"Sesi penggambaran dijangka akan bermula pada suku tahun pertama 2020. Para pelakon akan menjalani pelbagai jenis latihan sebelum penggambaran filem yang padat dengan kesan visual itu," dedah satu sumber terdekat.

Dalam perkembangan lain, Arjun yang kali terakhir dilihat di skrin lebar menerusi filem "Comali", kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi filem sejarah "Panipat" arahan Ashutosh Gowariker.

Filem yang turut dibintangi Sanjay Dutt dan Kriti Sanon itu adalah berdasarkan Pertempuran Ketiga Panipat yang berlaku pada 14 Januari 1761. Ia bakal ditayangkan pada 6 Disember depan.

(Sumber foto: Bollywood Hungama)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Vicky-Kaushal-bakal-jalani-penggambaran-filem-adiwira-pada-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Vicky Kaushal bakal jalani penggambaran filem adiwira pada 2020

Filem aksi adiwira terbitan Ronnie Screwvala itu bakal diarahkan oleh Aditya Dhar.

Ileana-D-Cruz-tak-gentar-bintangi-filem-dibarisi-pelakon-hebat Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Ileana D'Cruz tak gentar bintangi filem dibarisi pelakon hebat

Ileana yakin dengan kemampuan dan lakonannya tidak akan tenggelam dalam setiap filemnya.

Salman-Khan-Bakal-Menyanyi-Buat-Pertama-Kali Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2019

Salman Khan Bakal Menyanyi Buat Pertama Kali?

Bintang terkenal itu dikatakan bakal menyanyikan salah sebuah lagu dalam filem terbarunya "Dabangg 3".