CLOSE
CLOSE AD

Shah Rukh Khan bakal kembali dengan filem terbarunya

  • 08 Oct 2019
  • Tags:
Shah-Rukh-Khan-bakal-kembali-dengan-filem-terbarunya

Selepas berehat dari dunia perfileman akibat kegagalan filem terakhirnya "Zero", kini bintang popular Shah Rukh Khan mendedahkan bahawa dia bakal tampil dengan projek filem terbaru.

"Saya sedang mengambil masa untuk berfikir. Saya sedang menghasilkan lebih kurang dua ke tiga buah skrip dan sejurus saja ia siap ditulis, saya bersedia untuk mengumumkannya.

"Sehingga ke waktu itu, sebahagian daripada beberapa spekulasi yang sedang diperkatakan telah membantu saya mendapatkan idea baru.

"Terdapat sebuah filem berjudul "Tarzan and Jane", dan saya rasa saya ingin membawa watak Tarzan. Mungkin dalam tempoh sebulan dua, saya akan memikirkan tentang perkara itu," katanya yang dipetik dari laporan The Indian Express.

Baru-baru ini, terdapat spekulasi yang mengatakan Shah Rukh Khan akan bekerjasama dengan Ali Abbas Zafar untuk projek terbarunya iaitu 'remake' filem "Kill Bill" versi Hindi.

Walau bagaimanapun, satu sumber terdekat telah menafikan perkara tersebut serta menyatakan Shah Rukh Khan tidak akan menjayakan sebarang watak antagonis dalam mana-mana filem buat masa ini.

Dalam perkembangan lain, Shah Rukh Khan bakal menjadi pengacara bagi rancangan TED Talk India buat kali kedua yang akan disiarkan menerusi saluran Star India Network.

Rancangan TED Talk India musim kedua itu akan disiarkan pada hari ulang tahun kelahiran aktor tersebut, iaitu pada 2 November depan.

Ia juga akan menampilkan 26 orang penceramah dari latar belakang berbeza.

(Sumber foto: indicine.com)
(Sumber artikel: The Indian Express)



Suggested Articles

Dia-Mirza-teruja-dapat-kembali-bekerja-dengan-Anubhav-Sinha Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha

Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.

Ileana-D-Cruz-Dedah-Jadi-Pelakon-Secara-Tidak-Sengaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Ileana D'Cruz Dedah Jadi Pelakon Secara Tidak Sengaja

Setelah sekian lama aktres itu akhirnya buka cerita itu ketika di rancangan "The Love Laugh Live Show".

Amitabh-Bachchan-Disahkan-Hidap-Penyakit-Sirosis-Hati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Amitabh Bachchan Disahkan Hidap Penyakit Sirosis Hati

Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Ayushmann-Khurrana-Ingin-Terokai-Watak-Gelap Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Ayushmann Khurrana Ingin Terokai Watak Gelap

Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.

Emraan-Hashmi-Senang-Bekerja-Dengan-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Emraan Hashmi Senang Bekerja Dengan Amitabh Bachchan

Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".

Arjun-Kapoor-bakal-bintangi-projek-filem-terbaru-Ronnie-Screwvala Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Oct 2019

Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?

Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.