CLOSE
CLOSE AD

Sonal Chauhan Semakin Selesa Bintangi Siri Web

  • 30 Sep 2019
Sonal-Chauhan-Semakin-Selesa-Bintangi-Siri-Web

Aktres dan model Sonal Chauhan, yang membuat debut Bollywood bersama Emraan Hashmi, telah melangkah ke portal penstriman video digital menerusi sebuah siri web "Skyfire" pada Mei lalu.

Bercakap mengenai penglibatan debutnya dalam naskhah digital itu, dia memberitahu ia telah membuka peluang baru kepada para aktor memandangkan industri digital semakin berkembang.

"Saya tidak bermaksud untuk mengatakan kandungan digital lebih baik dari filem Hindi kerana terdapat banyak filem-filem hebat yang telah dihasilkan.

"Kini adalah masa yang paling sesuai untuk industri terbitkan rancangan-rancangan menarik menerusi saluran web. Saya sangat teruja kerana ia direalisasikan," ujarnya yang dipetik dari New Indian Express.

Tambahnya lagi, kemajuan seperti itu tidak akan berlaku jika ia tidak mendapat sokongan daripada para penonton kerana mereka sudah mula menerima kandungan yang bagus dan penuh mesej bermakna.

Dedah Sonal, antara sebab yang menarik perhatiannya untuk menerima tawaran tersebut adalah kerana skrip yang bagus dan wataknya berbeza dari yang pernah dilakonkannya.

Menerusi siri itu, Sonal adalah satu-satunya watak wanita yang tampil di dalamnya dan peranannya diberi sama rata dengan aktor-aktor yang lain.

Sonal membuat debut dalam industri Bollywood pada tahun 2008 menerusi filem "Jannat". Dia kemudiannya memperluaskan bakatnya dalam filem-filem Telugu, Kannada dan Tamil.

(Sumber foto: Biz Asia Live)
(Sumber artikel: New Indian Express)



Suggested Articles

Aditya-Roy-Kapoor-Teruskan-Penggambaran-Sadak-2-Semasa-Deepavali Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Aditya Roy Kapoor Teruskan Penggambaran "Sadak 2" Semasa Deepavali

Aktor itu bakal berangkat ke Ooty bersama aktres gandingannya Alia Bhatt.

Pengarah-Pati-Patni-Aur-Woh-Jelaskan-Remake-berbeza-Dari-Filem-Asal Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Pengarah "Pati Patni Aur Woh" Jelaskan 'Remake' berbeza Dari Filem Asal

Pengarah itu turut menghasilkan watak-watak baru bagi peneraju utama.

Farah-Khan-Jawab-Spekulasi-Mengenai-Remake-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 17 Oct 2019

Farah Khan Jawab Spekulasi Mengenai 'Remake' "Satte Pe Satta"

Pengarah itu akan membuat pengumuman rasmi filem tersebut pada Deepavali.

Mouni-Roy-Tak-Sasar-Kutipan-Pecah-Panggung Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Mouni Roy Tak Sasar Kutipan Pecah Panggung

Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".

Kangana-Ranaut-Bakal-Bergelar-Penerbit-Filem Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Kangana Ranaut Bakal Bergelar Penerbit Filem

Aktres itu akan menubuhkan syarikat produksi sendiri pada tahun hadapan.

Nushrat-Bharucha-Bosan-Galas-Watak-Sama Bolly Lah
ARTICLE
  • 16 Oct 2019

Nushrat Bharucha Bosan Galas Watak Sama

Aktres itu tampil membintangi filem komedi terbaru berjudul "Made In China".