CLOSE
CLOSE AD

Dulquer Salmaan Tidak Lupakan Industri Malayalam

  • 30 Sep 2019
Dulquer-Salmaan-Tidak-Lupakan-Industri-Malayalam

Biarpun namanya semakin bersinar dalam industri filem Bollywood, namun aktor Dulquer Salmaan memberitahu dia masih mengutamakan industri Malayalam.

Dulquer, yang merupakan anak kepada aktor veteran Mammootty berkata, dia tidak akan berputus asa dan melupakan segala kerja kerasnya dalam industri tersebut.

"Berada dalam industri Bollywood bukanlah impian penuh saya dan saya tidak akan melupakan usaha saya dalam industri Malayalam. Sudah bertahun-tahun saya bekerja keras dan ia sukar untuk saya mulakan sesuatu yang baru.

"Saya tidak dapat menjangka apa yang bakal saya hadapi pada masa akan datang dan jenis tawaran apa yang saya akan terima.

"Namun, apa yang saya tahu, pangkalan terbesar saya adalah industri Malayalam dan saya tidak mampu untuk meninggalkannya," ujarnya yang dipetik menerusi laporan Times of India.

Menurut aktor itu lagi, dia tidak terlalu menumpukan perhatian terhadap populariti, sebaliknya ingin peminat menghargai usahanya dalam menjayakan sesebuah naskhah.

Selain itu, dia juga mahu bersikap lebih selektif dalam memilih tawaran dan tidak mahu berlakon dalam filem yang mudah dilupakan.

Dulquer turut mendedahkan dia ingin mencuba filem dari pelbagai budaya dan bahasa terutamanya Tamil dan Hindi kerana berpendapat setiap daripadanya mempunyai keindahan yang tersendiri. Dalam perkembangan terbaru, Dulquer tampil dalam filem sukan "The Zoya Factor" sebagai jurulatih pasukan kriket India, di mana dia digandingkan dengan aktres Sonam Kapoor.

Filem arahan Abhishek Sharma yang diadaptasi dari novel sama judul nukilan Anuja Chauhan itu telah mula ditayangkan sejak 20 September.

(Sumber foto: Free Press Journal)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Dia-Mirza-teruja-dapat-kembali-bekerja-dengan-Anubhav-Sinha Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha

Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.

Ileana-D-Cruz-Dedah-Jadi-Pelakon-Secara-Tidak-Sengaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Ileana D'Cruz Dedah Jadi Pelakon Secara Tidak Sengaja

Setelah sekian lama aktres itu akhirnya buka cerita itu ketika di rancangan "The Love Laugh Live Show".

Amitabh-Bachchan-Disahkan-Hidap-Penyakit-Sirosis-Hati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Amitabh Bachchan Disahkan Hidap Penyakit Sirosis Hati

Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Ayushmann-Khurrana-Ingin-Terokai-Watak-Gelap Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Ayushmann Khurrana Ingin Terokai Watak Gelap

Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.

Emraan-Hashmi-Senang-Bekerja-Dengan-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Emraan Hashmi Senang Bekerja Dengan Amitabh Bachchan

Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".

Arjun-Kapoor-bakal-bintangi-projek-filem-terbaru-Ronnie-Screwvala Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Oct 2019

Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?

Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.