CLOSE
CLOSE AD

Madame Tussauds Singapura anjur 'boot camp' kecergasan Salman Khan

  • 25 Sep 2019
  • Tags:
Madame-Tussauds-Singapura-anjur-boot-camp-kecergasan-Salman-Khan

Demi meraikan kedatangan patung lilin bintang Bollywood Salman Khan ke Madame Tussauds Singapura, pihak muzium telah bekerjasama dengan Dance Embassy untuk menganjurkan sebuah 'boot camp' pada hari Rabu (hari ini 25 September).

Sehubungan dengan itu, seramai 30 orang peserta telah dipilih untuk menyertai 'boot camp' tersebut, dengan tema "Get In Shape With Salman Khan" kerana bintang itu dikenali dengan minatnya terhadap kecergasan.

'Boot camp' yang diketuai oleh Lavania Hajj itu bertujuan untuk mencabar peserta mengekalkan kecergasan tubuh badan mereka dan membina badan tegap seperti Salman.

Patung lilin Salman akan dipamerkan bersama patung-patung selebriti terkenal Bollywood lain seperti Karan Johar, Shahid Kapoor dan Sridevi di bahagian Ultimate Film Star Experience (UFSE) yang telah dilancarkan pada April.

"Saya amat menggemari zon pameran Ultimate Film Star Experience, ia membuatkan pengunjung merasai seperti berada di set penggambaran filem bersama ramai selebriti Bollywood dalam satu lokasi yang sama!

"Berpeluang untuk menyertai 'boot camp' ini adalah satu pengalaman unik dan menyeronokkan. Tambahan lagi kami dapat melakukannya bersama patung lilin Salman Khan yang baru tiba di Singapura," ujar salah seorang peserta, Adeline Low.

Seperti patung-patung lilin yang lain, patung Salman hanya akan dipamerkan dalam tempoh yang terhad sahaja sebelum menjejalah ke muzium Madame Tussauds di negara-negara lain.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Madame Tussauds Singapura, Alex Ward berkata, pihak muzium sangat mengalu-alukan kedatangan patung lilin Salman kerana ia sedikit sebanyak melengkapkan zon tersebut.

"Para pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar bersamanya dan mencuba pengalaman teknologi interaksi Augmented Reality (AR). Kami yakin ia akan menarik lebih ramai pengunjung ke Madame Tussauds Singapura," katanya.

(Sumber foto: Being Human Clothing)



Suggested Articles

Dia-Mirza-teruja-dapat-kembali-bekerja-dengan-Anubhav-Sinha Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha

Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.

Ileana-D-Cruz-Dedah-Jadi-Pelakon-Secara-Tidak-Sengaja Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Oct 2019

Ileana D'Cruz Dedah Jadi Pelakon Secara Tidak Sengaja

Setelah sekian lama aktres itu akhirnya buka cerita itu ketika di rancangan "The Love Laugh Live Show".

Amitabh-Bachchan-Disahkan-Hidap-Penyakit-Sirosis-Hati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Amitabh Bachchan Disahkan Hidap Penyakit Sirosis Hati

Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Ayushmann-Khurrana-Ingin-Terokai-Watak-Gelap Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Ayushmann Khurrana Ingin Terokai Watak Gelap

Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.

Emraan-Hashmi-Senang-Bekerja-Dengan-Amitabh-Bachchan Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Oct 2019

Emraan Hashmi Senang Bekerja Dengan Amitabh Bachchan

Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".

Arjun-Kapoor-bakal-bintangi-projek-filem-terbaru-Ronnie-Screwvala Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Oct 2019

Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?

Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.