CLOSE
CLOSE AD

Sanjay Dutt sahkan pembikinan sekuel filem "Khalnayak"

  • 20 Sep 2019
  • Tags:
Sanjay-Dutt-sahkan-pembikinan-sekuel-filem-Khalnayak

Sanjay Dutt dikatakan telah menawarkan watak polis kepada Tiger Shroff bagi sekuel filem "Khalnayak".

Dalam pada Sanjay Dutt mempromosikan filem politik "Prasthanam" di Dubai, aktor veteran itu turut mengumumkan bahawa syarikat produksi miliknya akan membikin sekuel bagi filem "Khalnayak" 1993.

Seperti yang dilaporkan dalam laporan Firstpost, filem itu merupakan salah sebuah filem terbaik dilakonkan oleh Sanjay di mana wataknya juga menjadi kegemaran ramai dan ikonik.

Namun, perkara yang paling menjadi kontroversi adalah ketika tayangan filem itu, Sanjay berada di dalam penjara kerana sabit kesalahan memiliki senjata haram.

Dalam pada itu, Sanjay dikatakan telah memberi tawaran kepada bintang aksi, Tiger Shroff, untuk membintangi sekuel tersebut sebagai watak seorang anggota polis.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak lain tetapi kami akan membikin sekuel kepada "Khalnayak" di bawah Sanjay S Dutt Productions.

"Kami masih dalam proses perbincangan dan telah memberi tawaran kepada Tiger Shroff untuk membintanginya," dedah Sanjay.

Buat masa ini, dia masih berbincang dengan pengarah filem pertama, Subhash Ghai, untuk membeli hak cipta rasmi filem itu namun Ghai tidak bercadang untuk menjualnya.

Filem "Khalnayak" turut dibintangi oleh Anupam Kher, Ramya dan Neena Gupta. Filem klasik itu telah melayakkan Sanjay untuk memenangi anugerah Filmfare bagi kategori Aktor Terbaik.

(Sumber foto: Magzter)

(Sumber artikel: Firstpost)



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.

Nishant-Dahiya-Galas-Watak-Atlet-Kriket-Anglo-India-Dalam-83 Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Nishant Dahiya Galas Watak Atlet Kriket Anglo-India Dalam "'83"

Aktor itu akan menjayakan watak salah seorang ahli pasukan kriket India Roger Binny.