CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan sah tarik diri dari "Inshallah"

  • 20 Sep 2019
  • Tags:
Salman-Khan-sah-tarik-diri-dari-Inshallah

Kenyataan bintang terkenal Salman Khan mengenai penarikan dirinya dari filem yang dinanti ramai, "Inshallah", baru-baru ini ternyata menyebabkan kekecewaan ramai peminat.

Salman telah membuat pengumuman tersebut kepada pihak media ketika sesi temu bual di acara Anugerah Akademi Filem India Antarabangsa (AAFIA) 2019 yang diadakan di Mumbai pada Rabu.

Bagaimanapun, aktor itu memberitahu filem arahan Sanjay Leela Bhansali berkenaan masih akan diteruskan namun ditangguhkan buat sementara bagi memberi ruang kepada pihak produksi untuk mencari pengganti baru.

""Inshallah" masih akan diteruskan tetapi bukan dengan saya," jelasnya ringkas menerusi laporan yang dipetik dari Hindustan Times. Menerusi filem itu, Salman sepatutnya digandingkan dengan aktres Alia Bhatt.

Lantaran itu, terdapat segelintir pihak yang membuat spekulasi bahawa Salman menarik diri kerana enggan melakonkan babak intim bersama aktres yang jauh lebih muda daripadanya.

Namun begitu, satu sumber terdekat telah menafikan perkara itu dengan mengatakan Bhansali dan Salman sudah lama bekerjasama.

Bhansali sedia tahu bahawa Salman tidak akan bersetuju melakonkan babak itu dan filem tersebut ditangguhkan atas sebab lain.

Dalam pada itu, terdapat laporan baru mengatakan aktor Hrithik Roshan mungkin akan menggantikan tempat Salman namun perkara itu masih belum mendapat pengesahan dari pihak produksi.

(Sumber foto: The Independent)

(Sumber artikel: Hindustan Times)



Suggested Articles

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Vicky-Kaushal-bakal-jalani-penggambaran-filem-adiwira-pada-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Vicky Kaushal bakal jalani penggambaran filem adiwira pada 2020

Filem aksi adiwira terbitan Ronnie Screwvala itu bakal diarahkan oleh Aditya Dhar.

Ileana-D-Cruz-tak-gentar-bintangi-filem-dibarisi-pelakon-hebat Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Ileana D'Cruz tak gentar bintangi filem dibarisi pelakon hebat

Ileana yakin dengan kemampuan dan lakonannya tidak akan tenggelam dalam setiap filemnya.

Salman-Khan-Bakal-Menyanyi-Buat-Pertama-Kali Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Nov 2019

Salman Khan Bakal Menyanyi Buat Pertama Kali?

Bintang terkenal itu dikatakan bakal menyanyikan salah sebuah lagu dalam filem terbarunya "Dabangg 3".