CLOSE
CLOSE AD

Alia Bhatt jadi pilihan penerbit untuk filem "Gangubai"?

  • 20 Sep 2019
  • Tags:
Alia-Bhatt-jadi-pilihan-penerbit-untuk-filem-Gangubai

Selepas Priyanka Chopra disahkan tidak akan membintangi filem baru "Gangubai", kini Alia Bhatt dikatakan menjadi pilihan penerbit untuk menggantikan tempatnya sebagai peneraju utama filem.

Pada Mac lalu, pembikin filem Sanjay Leela Bhansali dikatakan telah berbincang dengan Priyanka namun aktres tersebut terpaksa menolak tawarannya kerana terikat dengan komitmen lain.

Biarpun filem "Inshallah" ditangguhkan, Bhansali masih ingin bekerjasama dengan Alia. Terdapat laporan yang mengatakan Alia telah beberapa kali dilihat di pejabat Bhansali di mana mereka dikatakan sedang berbincang mengenai projek baru.

"Bhansali sangat berminat untuk bekerja dengan Alia dan kini mereka telah mula berbincang mengenai sebuah filem yang berkisar tentang pemilik rumah pelacuran di Kamathipura, Gangubai.

"Filem ini merupakan sebuah adaptasi dari buku audio nukilan Hussain Zaidi dan Jane Borges, "Mafia Queens of Mumbai"," dedah satu sumber terdekat menerusi Times of News.

Dalam pada itu, Alia mempunyai beberapa buah projek filem lain dalam tangan yang bakal dibintanginya iaitu "Brahmastra", "Sadak 2" dan filem Telugu "RRR".

Laporan sebelum ini juga menyatakan bahawa Alia sedang mencari filem biopik yang bagus untuk dibintanginya memandangkan genre itu dilihat semakin laris dalam industri filem Bollywood. (Sumber foto: Vogue India)

(Sumber artikel: Times of News)



Suggested Articles

Ashwiny-Iyer-Tiwari-pilih-pelakon-berdasarkan-bakat Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Ashwiny Iyer Tiwari pilih pelakon berdasarkan bakat

Pengarah itu menegaskan proses pemilihan tiada kena mengena dengan pemahaman politik pelakon.

Akshay-Kumar-bakal-ganti-Hrithik-Roshan-dalam-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Akshay Kumar bakal ganti Hrithik Roshan dalam "Satte Pe Satta"

Aktor itu dikatakan akan terlibat dalam 'remake' dengan judul sama arahan Farah Khan.

Shah-Rukh-Khan-dan-Kajol-kembali-bersatu-di-layar-perak Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

Difahamkan pengarah Rajkumar Hirani ingin bekerjasama dengan Kajol dalam filem terbarunya.

Mahie-Gill-disahkan-sertai-filem-seram-Durgavati Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Mahie Gill disahkan sertai filem seram "Durgavati"

Aktres itu akan berkolaborasi dengan Bhumi Pednekar dalam filem tersebut.

Tayangan-filem-Amitabh-Bachchan-Chehre-ditunda-hingga-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Jan 2020

Tayangan filem Amitabh Bachchan "Chehre" ditunda hingga Julai

Perkara itu dibuat atas permintaan daripada pengarah dan penerbit filem "Gulabo Sitabo".

Projek-filem-Biopik-Ma-Anand-Sheela-Tak-Akan-Direalisasikan Bolly Lah
ARTICLE
  • 18 Jan 2020

Projek filem Biopik Ma Anand Sheela Tak Akan Direalisasikan?

Difahamkan bahawa Ma Anand Sheela tak benarkan Priyanka Chopra bintangi biopiknya.